Wednesday, 28 June 2017

Suami Gigit Isteri Selepas Dia Digigit Ular Berbisa Supaya Dapat Mati Bersama-Sama


Suami Gigit Isteri Selepas Dia Digigit Ular Berbisa Supaya Dapat Mati Bersama-Sama..

Kejadian berlaku ketika kedua pasangan suami isteri itu sedang tidur di rumah mereka.

Apabila Rai tersedar pada keesokan hari, dia bergegas mendapatkan isterinya, Devi, dan mengigit lengannya sambil memberitahu bahawa dia cintakannya dan mahu mati bersama.

Kedua-dua pasangan itu kemudian pengsan dan dikejarkan ke hospital dengan bantuan jiran.

Rai kemudian disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital namun Devi berjaya diselamatkan oleh doktor.

“Wanita itu berjaya diselamatkan kerana rawatan diberikan tepat pada masa dan sekarang dia berada dalam keadaan stabil,” kata doktor yang merawat mereka.

Menurut Devi, dia tidak sangka suaminya sanggup berbuat demikian kerana ingin mati bersama.

“Dia beritahu saya dia sangat cintakan saya dan mahu mati bersama.

”Dia kemudian menggigit lengan saya sekuat hati dan saya hanya membiarkan dia berbuat demikian kerana terkejut dengan tindakan itu,” jelas Devi kepada portal Gulf News.


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2tmNpxv
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2s4agdq
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment