Tuesday, 27 June 2017

Dibuang Adik Beradik Kerana Harta, Tidur Di Kubur Ibu Sambut Aidilfitri


Seorang gelandangan yang ditemui berkongsi pengalamannya terpaksa tidur di kubur ibu menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri selepas dibuang ahli keluarga.

"Hanya kerana harta peninggalan arwah ayah dan ibu adik-beradik halau saya keluar dari rumah menyebabkan saya terpaksa tidur di kubur ibu menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri"

Along berusia 42 tahun, berkata, apabila tidur di kubur ibunya dia dapat melupakan perbuatan jahat adik beradik membuangnya dari keluarga hanya kerana berebutkan harta peninggalan arwah ibu bapa.

“Sudah hampir 3 tahun saya tidak mempunyai rumah. Sebelum ini saya tinggal di rumah peningalan arwah ibu saya bersama adik-adik.

“Tetapi segalanya hancur apabila adik beradik saya sendiri buang saya keluar kerana harta. Saya sedih dan pernah tidur di kubur ibu di Alam Damai Cheras lebih kurang sebulan.

Saya tidak boleh terima, saya sangat sedih,” katanya yang merupakan anak pertama dalam keluarganya ketika ditemui di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menjelang sambutan Aidilfitri, saya akan meluangkan masa di kubur ibu bapa saya.

Sehingga kini saya masih tidak dapat melupakan perbuatan adik-adik saya yang menyebabakan saya hilang tempat tinggal, ikatan kekeluargaan dan berakhir sebagai gelandangan.

Bagaimanapun, kehidupan saya berubah sejak saya memilih untuk tinggal di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur.

Disini saya lebih terurus, mula membina kerjaya dan mempunya fokus dalam hidup.

Sepanjang 3 tahun menjadi gelandangan, hanya selepas tinggal di pusat transit itu saya belajar erti kehidupan bersama rakan yang senasib seperti saya.

“Bila saya tinggal di sini, saya dapat semangat dari Kak Ain (gelandangan). Dia suruh saya solat dan tabahkan hati.

Di sini saya ada kawan seperti adik sendiri untuk memberi dorongan dan mengembalikan semangat untuk terus hidup,” katanya yang tinggal di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur.

Di pusat transit ini telah mengubah kehidupan saya dan mengajar saya cara hidup berdikari serta memulih semangat saya yang kecewa dengan sikap tamak adik-adik.

“Hasil bantuan daripada pihak pengurusan di sini, saya sudah mendapat pekerjaan di sebuah syarikat katering di Menara Berkembar Petronas (KLCC).

“Saya harap dengan pekerjaan ini, ia dapat mengubah hidup saya,” katanya. Sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini sederhana

Sambutan Hari Raya tahun ini, Saya akan raikan secara sederhana kerana saya perlu bekerja. sambutan Aidilfitri akan disambut bersama gelandangan lain.

“Saya tidak akan beraya di rumah keluarga saya. Terlalu perit tanpa ibu bapa. Sedih, saya sukar untuk terima.

“Saya minta Allah tabahkan hati saya. Sekarang Alhamdulillah. Saya sudah semakin baik dan dapat semula kehidupan saya. Mungkin selepas ini kehidupan akan menjadi cerah daripada belenggu kegelapan,” katanya. 

Sumber : Free Malaysia Today


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2tWAAHU
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2uh4tSp
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment