Wednesday 28 June 2017

Korek & Makan Tahi Hidung Boleh Cegah Kaviti, Ulser Perut, Malah HIV Juga – Kajian


Sejak dari kecil, tabiat mengorek hidung dianggap sebagai perbuatan yang menjijikkan. Bukan sahaja kotor, malah perbuatan itu boleh mencederakan kulit yang rapuh di dalam hidung, berupaya meningkatkan risiko jangkitan sinus yang menyakitkan.

Bagaimanapun dalam kajian yang dilaporkan Daily Mail mendakwa, individu-individu yang gemar mengorek hidung mereka sebenarnya lebih sihat dan menjadi alasan yang baik mengapa ibu bapa perlu membiarkan anak mereka meneruskan tabiat yang menjijikkan tersebut.

Pakar paru-paru Austria, Professor Friedrich Bischinger, berkata, “Makan sisa-sisa kering (tahi hidung) yang dikorek dari hidung adalah cara terbaik untuk menguatkan sistem imun badan. Dari segi perubatan, ia adalah masuk akal dan satu perkara semula jadi yang sempurna untuk dilakukan.

“Dari segi sistem imun, hidung berfungsi sebagai penapis di mana banyak bakteria-bakteria yang dikumpulkan dan apabila campuran itu tiba di bahagian usus, ia berfungsi sama seperti ubat,” katanya.

Saintis dari Universiti Harvard dan Institut Teknologi Massachusetts mendapati bahawa, mukus yang terkandung di rongga hidung manusia kaya dengan pelbagai bakteria baik, boleh mencegah kaviti yang menyebabkan bakteria melekat di gigi.

Dalam kajian yang disiarkan dalam American Society for Microbiology, penemuan mereka juga mendakwa mukus juga boleh menghalang seseorang individu itu terkena jangkitan pernafasan, ulser perut, malah HIV.

Lapor Kidspot, para penyelidik kini sedang cuba menghasilkan ubat gigi sintetik yang mengandungi mukus bagi membantu mengatasi masalah kaviti. Selain itu, gula-gula getah yang mempunyai fungsi yang sama turut dalam perancangan untuk dihasilkan


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2tr5QS4
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2tmClAp
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment