Thursday, 29 June 2017

(VIDEO) Lelaki Gelandangan Ini Sanggup Menjual Buah Limau Semata-mata Untuk Membeli Makanan Kepada Kucing Jalanan..


Memang wajahnya kelihatan selekeh dan kotor di mata seetengah orang, tetapi tahukah anda lelaki gelandangan ini sebenarnya adalah seorang yang berhati mulia, mana tidaknya dia sanggup berniaga demi mencari wang untuk membeli makanan untuk kucing terbiar di jalanan setiap hari.

Gelandangan berkenaan yang dikenali dengan nama Loong Dum dari Thailand dilihat sanggup berniaga buah limau di tepi jalan untuk memastikan kucing jalanan di sekitar 'rumah'nya tidak lapar, apa yang lebih mengharukan, kadang-kadang jualannya kurang, dia sanggup berlapar dengan hanya membeli makanan untuk kucing-kucing jalanan berkenaan.


Kisahnya mula menjadi tular di laman sosial selepas seorang wanita bernama Warunya Wattanasupachoke, telah melintas depan Loong untuk ke stesen kereta api terdekat, dia terbaca tulisan di kertas yang ditulis di hadapan Loong yang tertulis “20 bath setiap bag, keuntungan akan digunakan untuk memberi makan kepada kucing terbiar.”


Tulisan itu telah menarik perhatiannya untuk membeli limau yang dijual gelandangan itu dan kemudiannya telah memuatnaik gambarnya membeli limau dengan Loong ke laman sosial.

Menurut wanita itu, Loong adalah seorang lelaki yang ramah dan sopan di mana dia mengingatkan warga laman sosial supaya tidak menilai seseorang pada penampilannya semata-mata.

Menurut beliau, Loong telah mendapatkan bekalan buah limau berkenaan setiap hari daripada masyarakat sekitar yang menderma buah tersebut kepadanya.


Gambar Loong menjadi tular di media sosial terutamanya Facebook di mana wanita itu telah mewujudkan satu laman Facebook bernama 'ลุงดำคนรักแมว' (lelaki pencinta kucing).

Menurut Loong Dum pula, tindakannya memberi makanan kepada kucing terbiar kerana sudah menanggap kucing itu sebagai sebahagian dari keluarganya dia mereka memang memerlukannya.
Adakala jualannya kurang, dia hanya membeli makanan untuk kucing-kucing jalanan berkenaan sahaja di mana dia sanggup berlapar.

“Tidak mengapa jika saya tidak makan, tetapi kucing-kucing ini perlu makan,” kata Loong Dum.


Selepas kisahnya menjadi tular di media sosial, ramai rakyat Thailand telah tampil untuk membantu lelaki berhati mulia berkenaan, orang ramai dilihat tidak putus-putus datang membeli limai daripadanya, dan ada juga mereka yang datang memberikan makanan kucing kepadanya.




Baru-baru ini telah tampil seorang tukang gunting yang menawarkan perkhidmatan guting rambut secara percuma kepadanya serta diberikan beberapa helai pakaian baru.


Kini wajahnya yang kusut itu sudah berubah, dengan penampilan barunya itu, dia telah meneruskan perniagaannya supaya kucing jalanan kesayangannya cukup makan.




Sumber: Love Meow


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2sWu1qm
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2trygKU
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment