Friday, 23 June 2017

Susulan Kes Arwah Zulfarhan Di Belasah Teruk Hingga Meninggal, Pihak Universiti Akhirnya Beri Respond


Sebelum ini dari awal kes dera dan bunuh arwah Zulfarhan di siarkan oleh pihak media.ada banyak sumber dan update terkini di kongsikan satu per satu kepada netizen. Ramai pihak yang sangat berminat untuk terus mengiktui perkembangan kes ini dari hari ke hari. Jika sebelum ini,netizne sudah di maklumkan dengan lebih jelas siapa antara suspek yang terlibat,siapakah dan klinik manakah yang memberi rawatan awal kepada arwah,terkini netizen juga sudah di maklumkan punca yang menyebabkan arwah di belasah dengan begitu kejam.

Sebagai mana keluarga dan saudara mara arwah berminat untuk mengambil tahu perkembangan kes ini dengan lebih mendalam,begitu jugalah perasaan netizen dan jutaan rakyat Malaysia yang lain. Ramai pihak sebenarnya sangat mahukan respond daripada pihak universiti UPNM itu sendiri berhubung dengan kes ini.

Ini kerana netizen merasakan agak aneh bagaimanakah mangsa yang di pukul teruk itu boleh “di simpan” dengan begitu teliti dan lick di dalam sebuah bilik dalam keadaan teruk dan nazak sehingga meninggal dunia.Di sebabkan hal ini berlaku di dalam kawasan univerisiti, ramai pihak mahukan penjelasan daripada pihak UPNM terbabit kewajarannya di mana.

Menurut laporan AstroAwani,baru-baru ini UPNM telah memberi respond ringkas berkenaan hal terbabit.Menurut mereka, setiap suspek yang bertanggung jawab dalam melakukan kesalahan membunuh Zulfarhan di bawa ke muka pengadilan.Mereka juga menyerahkan dan percaya kepada kumpulan dan pihak yang menjalankan siasatan kes bunuh arwah.

Selain daripada itu,UPNM memaklumkan bahawa mereka tidak dapat memberikan maklumat lanjut kerana pentadbiran dan disiplin Pegawai Kadet adalah di bawah bidang kuasa Akademi Latihan Ketenteraan (ALK), unit di bawah Markas Angkatan Tentera Malaysia.Namun begitu, mereka juga turut menzahirkan kesedihan atas kehilangan salah seorang pelajar mereka dan mereka juga menyampaikan ucapan takziah buat keluarga arwah Zulfarhan.

Sumber: Kisah Dunia


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2t52unf
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2s5JQXN
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment