Uttarakhand, India – Seorang wanita menderita dan hampir menemui ajal apabila doktor menemui sebatang kayu pencanai dipercayai sepanjang 40 sentimeter di dalam ususnya.
Difahamkan, suaminya telah mendera dan bertindak kejam apabila memasukkan sebatang kayu pencanai berkenaan ke dalam dubur isterinya.
Wanita berkenaan didapati menahan sakit perut yang terlalu teruk dan dimasukkan ke Hospital Kolej Perubatan Kerajaan Dr Sushila Tiwari di Haldwani, Uttarakhand, utara India.
Kerana sakit perut berhari-hari, mangsa dan suaminya yang berasal daripada Nepal telah pergi ke hospital bersama untuk mendapatkan rawatan.
Selepas ujian X-ray dijalankan, pada mulanya doktor mendapati tiada sebarang penyakit dan kecederaan di dalam perut mangsa.
Akhirnya sepasukan lima doktor melakukan pembedahan dan terkejut apabila menemui kayu pencanai sepanjang 40 sentimeter di dalam usus wanita itu.
Sumber: Harian Metro
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2sMJpGF
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2rKLT8x
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment