MUMBAI: Seorang wanita India mengalami detik-detik mencemaskan apabila terpaksa melahirkan seorang bayi lelaki di dalam sebuah pesawat yang masih dalam penerbangan pada Ahad.
Menurut wakil syarikat penerbangan Jet Airways, kejadian itu berlaku ketika pesawat terbabit dalam penerbangan dari Damman di Arab Saudi ke Kochi, Kerala di selatan India.
"Penumpang wanita itu melahirkan bayi pramatang pada ketinggian lebih 10,000 meter di udara.
"Mujur ada seorang paramedik dan krew penerbangan yang membantu menyambut kelahiran bayi itu.
Pesawat Boeing 737, yang membawa 162 penumpang, mendarat di Mumbai, bagi memastikan wanita yang tidak dinamakan itu dan bayinya dibawa ke hospital berdekatan lapangan terbang untuk menerima rawatan lanjut.
Seorang pegawai di hospital Mumbai Holy Spirit memberitahu AFP pada hari Isnin, ibu dan bayi lelakinya berada dalam keadaan sihat.
Kandungan wanita itu dipercayai berusia 32 minggu ketika melahirkan anaknya.
Jet Airways berkata, kejadian itu merupakan kali pertama bayi dilahirkan di dalam pesawat miliknya.
Pihak pengurusan turut memberi hadiah kepada bayi tersebut iaitu penerbangan secara percuma seumur hidupnya menaiki pesawat Jet Airways.
Sumber: mStar Online
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2rLhMxG
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2rPUvpm
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment