Sunday 4 June 2017

12 Tahun Derita Selepas Disahkan HIV, Rupanya Doktor Tersalah Periksa


Seorang wanita bertindak menyaman Kementerian Kesihatan Awam Thailand kerana tersalah mengesahkan dirinya positif virus HIV ketika usianya lapan tahun.

Suthida Saengsumat yang kini berusia 20 tahun menuntut pampasan dari kerajaan kerana kesilapan itu telah memusnahkan zaman kanak-kanaknya.

Menurut laporan The Bangkok Post, suri rumah yang berasal dari wilayah Roi-et di utara Thailand itu berkata, dia dipulau oleh rakan-rakan kerana penyakitnya itu.

“Setiap malam saya menangis seorang diri di rumah. Wang tidak mampu membayar balik apa yang saya hilang sebelum ini,” tambahnya.

Wanita terbabit disahkan menghidap HIV 12 tahun lalu apabila seorang gurunya membawa dia membuat ujian darah.

Sebelum itu bapanya meninggal akibat Aids manakala ibunya pula mengalami penyakit yang serius.

Tanpa membuat ujian kedua untuk pengesahan, Suthida mula mengambil ubat antiretrovirus setiap hari.

Selepas berkahwin dan melahirkan anak lima tahun lalu, Suthida mendapati anaknya negatif HIV dan mengambil keputusan untuk melakukan ujian sekali lagi terhadap dirinya sendiri.

Keputusan ujian ketiga mengesahkan Suthida negatif virus HIV dan keadaan itu menyebabkan wanita itu menangis.

“Saya memberitahu anak saya, mulai hari ini kamu tidak perlu berasa malu lagi kerana ibu kamu tidak menghidap Aids,” jelasnya. 

Sumber: CARI


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2rIrKyP
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2rATgvW
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment