Thursday 6 April 2017

Untuk Negeri Sembilan Sahaja. Kerajaan Negeri Umumkan Cuti Umum Selama Dua Hari Pada 24 Dan 25 April Ini..


SEREMBAN: Kerajaan negeri mengumumkan cuti umum selama dua hari pada 24 dan 25 April ini sempena Israk Mikraj dan Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-15, Sultan Muhammad V.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata cuti Israk Mikraj pada 24 April, bertindih dengan cuti sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong, yang diumumkan sebagai hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara.

Beliau berkata, berikutan itu, kerajaan negeri memutuskan untuk memberi cuti ganti pada 25 April mengikut Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369).

"Semua majikan terutama swasta perlu mengikut arahan ini dan jika perlu menjalankan operasi, mereka harus membayar dengan kadar tertentu kepada pekerja," katanya pada sidang media di Wisma Negeri di sini, hari ini.

Kerajaan mengisytiharkan 24 April ini sebagai hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara, bersempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-15. - BH Online


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2ocA4oy
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2oGJw4q
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment