Tuesday, 25 April 2017

Berang Tiada Makanan Di Rumah, Bapa Lempar Bayinya Ke Dapur Kayu Yang Sedang Menyala


SUKABUMI, INDONESIA - Seorang lelaki tergamak melemparkan bayinya yang baru berusia 1 bulan 15 hari ke dapur kayu api kerana berang tiada makanan di rumah, lapor Pojokjabar.com. 

Dalam kejadian jam 2 petang Ahad lalu, Taruna, 23, baru pulang dari mencari nafkah, kelaparan lalu mencari makanan di dapur. Namun mendapati tiada makanan yang disediakan kerana isterinya, Yeni Maryani, 20, masih belum memasak. 


Kesal dan berang dengan keadaan itu, Taruna kemudian memarahi wanita itu. Tidak puas hati dipersalahkan, lalu isterinya melemparkan bekas mangkuk tingkat ke dapur kayu api. 

Berang melihat tindakan isterinya itu, Taruna spontan merampas anaknya, Susilawati, dari dakapan isteri lalu dilempar ke dapur kayu api yang sedang menyala. 

Yeni Maryana, 20, ibu Susilawati | Foto - Google Images

Mangsa bernasib baik kerana tidak terkena api yang sedang menyala. Yeni kemudian segera mengambil anaknya dan menjerit meminta tolong menyebabkan lelaki itu segera melarikan diri. 

Jeritan Yeni mendorong jiran-jiran terdekat datang dan mendapati Yeni sedang menangis memeluk anaknya sebelum memaklumkan tentang kejadian yang berlaku. 

Taruna, bapa Susilawati | Foto - Google Images

Hasil kerjasama orang ramai, Taruna berjaya ditangkap sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk diambil keterangan dan didakwa di mahkamah. 

Susilawati, 1 bulan 15 hari, cedera di dilempar ke dapur kayu api yang sedang menyala | Foto - Google Images

Akibat dari kekejaman Taruna, Susilawati mengalami luka, lebam dan melecet di bahagian dahi, dagu dan paha. Malah hidungnya juga turut berdarah. Mangsa telah dihantar ke Rumah Sakit Umum Daerah R. Syamsudin untuk mendapatkan rawatan. - 

Sumber: The Reporter


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2otLZzS
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2pxzELd
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment