Thursday, 27 April 2017

10 Perkara Jangan Lakukan Jika Ingin Beli Rumah Pertama Di Usia Muda


Nak beli rumah di usia muda kau kena ada ilmu pengetahuan sedikit sebanyak, supaya pembiayaan perumahan kau senang diluluskan oleh pihak bank.

Nak beli rumah kena ada kewangan yang kukuh kerana komitmen ansuran bulanan sehingga 30-35 tahun. Jadi, kau kena buktikan kepada pihak bank kau mampu untuk bayar ansuran bulanan setiap bulan.

Jangan buat perkara di bawah jika kau ingin beli rumah di usia muda. Jom baca!

1. Jangan bazirkan duit pada perkara yang tidak penting. Kumpul duit untuk beli rumah. Kalau subsale, kau kena ada sekurang-kurangnya 15% dari harga rumah.

2. Jangan beli kereta lebih 20% daripada pendapatan. Ansuran bulanan kereta yang tinggi akan merugikan kelayakan pembiayaan perumahan kau. DSR barai nanti.

3. Jangan buat pembiayaan peribadi di bawah umur 30 tahun. Kau akan dilabel idividu berisiko nanti.

4. Jangan biarkan laporan CCRIS rosak. Jaga CCRIS sebaik-baiknya. Kau ada hutang bayarlah tepat pada masanya dengan jumlah yang cukup. Ramai tak lepas beli rumah sebab ada CCRIS PTPTN.

5. Jangan buat ASB Financing di tahun yang sama dengan tahun ingin membeli rumah. ASBF masuk dalam CCRIS juga. Masuk perkiraan DSR. Lepas dapat dividen baru boleh dikira sebagai pendapatan.

6. Jangan tak ambil tahu mengenai NDI. Net Disposable Income (NDI) ni kos sara hidup kau untuk makan minum dan meneruskan kehidupan. Ada bank akan tolak RM1000 sebagai NDI. Jadi simpanan yang padu amatlah penting.

7. Jangan tak sediakan dokumen penting dan dokumen sokongan yang lengkap. Dah cukup deposit rumah, terus sediakan dokumen yang diperlukan untuk memohon pembiayaan perumahan.

8. Jangan mohon pembiayaan perumahan lebih daripada kelayakan. Semak dulu kelayakan pembiayaan perumahan kau sebelum membeli rumah. Rugi masa dan tenaga kau je nanti.

9. Jangan bayar deposit rumah kepada akaun peribadi ejen hartanah. Bayar kepada akaun agensi mereka. Tanya dulu sama ada deposit rumah akan dipulangkan balik atau tidak jika pembiayaan perumahan kau ditolak oleh pihak bank.

10. Jangan guna kad kredit sehingga limit. DSR untuk kad kredit biasanya dikira berdasarkan 5% baki terkini penggunaan kad kredit. Seelok-eloknya bayar dulu tunggakan hutang kad kredit baru mohon pembiayaan perumahan.

Yang penting kau jangan memilih nak rumah atas tanah saja, nak rumah yang baru je, yang ada kolam renang bagai. Jangan nak berharap harga rumah akan jatuh la ye.

Baiki kewangan kau terlebih dahulu sebelum membeli hartanah. Bank nak berurusan dengan orang yang betul-betul berkemampuan sahaja.

Kau tahu tak rumah semakin mahal? Tapi apa usaha kau untuk memiliki sekurang-kurangnya satu aset hartanah. Dah ada usaha baguslah.

Masa muda kau kan sibuk kumpul fridge magnet negara yang kau travel tu. Kawan kau yang lain duk ikat perut kumpul duit deposit rumah. Kau pula dah masuk umur 30 baru nak simpan duit untuk beli rumah. Lepas tu bising rumah semua dah mahal. Kah!

Sumber: Amir Syahir


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2p9b0ii
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2oCeBa0
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment