Thursday 27 April 2017

Ketahui Tahap Kesihatan Anda Dengan Ujian Mudah Guna Sudu


Sejujurnya, berapa kali dalam setahun anda pergi untuk medical check-up tahap kesihatan anda? Atau ke hospital bila mana sudah sakit sahaja?

Buat mereka yang amat sibuk dengan pekerjaan, dan tiada masa untuk berjumpa doktor bagi mengetahui sejauh mana tahap kesihatan mereka, jom cuba ujian sudu yang boleh dilakukan dimana sahaja.


Ujian mudah menggunakan sudu ini adalah seperti berikut:

Letakkan bahagian bawah sudu di atas lidah.

Letakkan sudu tersebut di dalam plastik beg lutsinar, dan tinggalkan dibawah cahaya. Anda boleh gunakan cahaya matahari atau cahaya daripada lampu meja.

Biarkan selama satu minit.

Periksa bahagian bawah sudu tadi. Sekiranya tiada kesan dan bau yang kurang menyenangkan, ia menunjukkan kesihatan anda adalah baik.


Sekiranya terdapat kesan pada bahagian bawah sudu:

Jika kesan tersebut berwarna putih kekuningan, ia mungkin disebabkan masalah pada kelenjar tiroid. Penukaran beta-karotena untuk Vitamin A bergantung kepada hormon tiroid. Kekurangan ini boleh menyebabkan pembentukan karotena yang berwarna kekuningan.

Sekiranya kesan tersebut berwarna ungu, ia menunjukkan terdapat masalah pada saluran darah atau kadar kolestrol yang tinggi dalam badan. Ia mungkin juga disebabkan bronkitis. Bronkitis menghalang aliran udara yang membawa oksigen kedalam salur darah, seterusnya menyebabkan kotoran ungu ini terbentuk.

Jika kotoran itu berwarna putih pekat, ia mungkin disebabkan pembentukan bakteria pada lidah kesan daripada jangkitan pada penafasan.

Sekiranya kotoran itu berwarna oren, ia disebabkan oleh masalah pada buah pinggang. Penyakit buah pinggang kronik boleh menyebabkan tisu mulut untuk pucat kerana anemia, atau oren kerana pembentukan karotena.

Walau apa pun, segeralah berjumpa yang pakar jika anda dapati terdapat masalah pada kesihatan anda.



Sumber: http://ift.tt/1Qu7moh


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2oPMxMs
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2pD1XHY
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment