Sunday, 30 April 2017

Ya Allah.. Sedih Sangat Tengok Ni, Budak 5 Tahun Hubungi Polis Supaya Tolong Cari Ibunya Di Syurga


Kehilangan ibu atau ayah pastinya merupakan satu pengalaman yang sangat sukar untuk diterima lebih-lebih lagi bagi kanak-kanak yang masih kecil.

Bagi kanak-kanak yang kecil, mereka tidak faham apa yang dimaksudkan apabila ibu atau ayah yang tersayang telah mati. Mereka pasti bertanya dimanakah mereka berada sekarang.

Pada suatu hari, seorang ibu kepada kanak-kanak berumur 5 tahun yang bernama Jerry telah dimasukkan ke dalam hospital dan telah meninggal dunia. Ayahnya mmeberitahu bahawa ibunya telah masuk ke syurga. Namun dia berasa pelik mengapa ibunya tidak balik untuk melawat dan menjaganya di rumah?

Akibat terlalu rindukan ibunya, Jerry menelefon polis.

Seorang anggota polis telah mengangkat telefon itu. Pada mulanya, polis tersebut menyangka bahawa itu merupakan satu ‘prank’. Namun, dia menyedari bahawa itu adalah seorang budak yang sedang berada dalam kesedihan dan merindui ibunya.

Dia mendengar aduan daripada budak tersebut dan menyedari bahawa ibunya telah meninggal dunia. Anggota polis itu berasa sedih dan tanpa disedarinya, dia mengalirkan air matanya.

Anggota polis tersebut telah melakukan satu perkara yang sangat bijak untuk membuatkan budak tersebut gembira!

Lihat video lakonan semula di bawah :



from Sehinggit Media News http://ift.tt/2pvX9kX
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2qjG94e
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment