Sunday, 30 April 2017

(Foto) Perut Monyet Boroi Melampau Akibat Terlalu Suka Makan


THAILAND - Berat seekor monyet yang dikenali sebagai Uncle Fatty kini telah mencecah 15kg - dua kali ganda berbanding monyet spesis yang sama - gara-gara tabiatnya yang suka makan dan sering meminta makanan dari pelancong.

Kelibat Uncle Fatty boleh dilihat berkeliaran di sebuah pasar di Bangkok dan akibat dari tabiaat itu, perutnya membuncit secara melampau.

Tinjauan oleh pihak hidupan liar negara itu baru-baru ini mendapati Uncle Fatty dilihat memakan jagung, mee, tembikai, kelapa dan pelbagai jenis minuman yang diberi oleh pengunjung di pasar terbabit.

Susulan keadaannya mencecah tahap obesiti, Uncle Fatty telah dibawa untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.

Kumpulan konserversi yang dikenali sebagai Pencinta Monyet itu berkata, hasil pemeriksaan mendapati keadaan kesihatan Uncle Fatty tidak membimbangkan.

"Ia cuma gemuk tetapi kesihatannya baik, beratnya yang keterlaluan itu kerana memakan apa saja yang diberi pengunjung pasar," kata wakil kumpulan itu, Kawinoat MongKholtechaphat.

Bagaimanapun, Taman Negara, Hidupan Liar dan Konservasi telah memindahkan Uncle Fatty ke Pusat Hidupan Liar Nakhon Nayok untuk menjalani pemerikaan kesihatan terperinci.





Sumber: Siakap keli


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2oLlTIH
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2ptOkId
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment