Wednesday, 26 April 2017

Kisah Muslimah Cantik Dari Korea Ini Cetus Inspirasi Selepas Serangan Di Iraq


Video The Journey of Islam by Ayana Moon yang menceritakan perjalanan seorang gadis Korea yang memeluk Islam sekitar Januari lalu kini semakin dikenali. 

Bukan sahaja di tanah airnya, malah gadis ini juga popular di Malaysia. Dengan wajah yang putih melepak, cantik serta manis bertudung litup, tidak hairanlah gadis ini dapat menarik perhatian netizen di negara ini. 

Tambahan lagi, gadis muslimah Korea berhijab seperti gadis Melayu amat jarang dilihat. Selain kecantikan yang dimiliki, gadis berusia 22 tahun ini berada di Malaysia yang mempunyai cerita menarik tentang pengislamannya beberapa tahun yang lalu. 

Selalunya kita mendengar ramai memeluk Islam kerana berkahwin namun berbebza bagi Ayana atau nama penuhnya Ayana Jihye Moon. Sejak kecil lagi gadis ini telah menunjukkan minat terhadap Islam dan mendorongnya untuk mempelajari agama dan seterusnya memeluk Islam

Dalam video yang dimuat naik dalam Youtube, segalanya bermula setelah serangan tentera Amerika ke atas Iraq pada tahun 2003 dimana ketika itu dia masih kanak-kanak.

"Pertama Kali Dengar Islam"

“Ketika saya berumur lapan hingga sembilan tahun, perang meletus di Iraq dan pada waktu itu saya yang mula menggunakan internet mencari Iraq di internet,”.

“Pada waktu itu, saya mendapat tahu Islam agama penduduk (Iraq). Saat itu pertama kali saya mendengar Islam dan saya fikir sebutan perkataan ‘Islam’ sangat comel.

“Jadi, saya mula buat kajian mengenai Islam dari internet dan saya melihat mereka mengenakan pakaian longgar, mereka tutup muka dan mereka memakai hijab macam saya pakai sekarang.”

"Sertai Program Masjid"


Perasaan ingin tahu semakin menebal ketika gadis ini berada di sekolah tinggi sehinggakan ibu bapa serta guru menyedari akan hal itu. Ayana kemudian membuat keputusan untuk menyertai kem Kesatuan Belia Islam Dunia (Wamy) yang terkenal di Korea selama tiga hari. 

Selepas menyertai kem tersebut, Ayana memutuskan untuk menyertai program agama di masjid setiap minggu. 

“Saya menyertai program setiap minggu di masjid Salam Nuri dan bertemu mentor saya pakcik Amin. Saya belajar dan belajar lagi mengenai Islam daripadanya sehingga saya menjadi seorang muslimah Korea!” 

Waktu awal mendekati Islam, Ayana masih bimbang imej buruk agama ini di Korea Selatan tetapi program Wamy yang disertainya berjaya menyingkir prasangka tersebut.

Gadis bermata bulat ini merupakan satu-satunya yang memeluk Islam kalangan ahli keluarga dan rakan- rakannya.

Beliau mengakui berkongsi pengalaman melalui rakaman video di YouTube satu keputusan sukar, antaranya bimbang keluarganya yang masih bukan Islam diapa-apakan.

“Apa yang saya mahu nyatakan, video ini pengalaman peribadi saya dan ia tidak mewakili keseluruhan Islam,” katanya.


Sumber: Kaki Share


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2p5GIwT
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2pARJb3
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment