Thursday, 27 April 2017

Thaqif: Pengajaran Kepada Kita Yang Tak Percaya Apabila Kanak-kanak Memberitahu Didera?


Tragedi Thaqif ini, adakah anda nak kata yang tak ada siapa yang tahu keadaannya sehingga dia dihantar ke hospital? Tidak patut ada tindakan kerana hanya seorang staf yang lakukannya? Merepek.

Thaqif bersekolah di situ selama dua bulan. Dia menulis mengenai penderaan yang diterima dalam buku latihannya. Dia tak beritahu sesiapa? Atau dia beritahu seseorang, tetapi orang dewasa tak percaya kata-katanya?

Kanak-kanak lain tak perasan atau kata apa-apa? Hanya ada 110 orang pelajar di sekolah itu, berusia 11 hingga 17 tahun. Tak ada siapa yang perasan pelajar mereka mengalami kesukaran untuk pegang pensel dan kesukaran berjalan?

Memang mudah untuk membuka dan menutup kes dengan meletak sepenuhnya kesalahan ke atas suspek. Mari lihat fakta-fakta dan ikut logiknya.

Sekolah itu mengupah seorang warden yang mempunyai rekod jenayah. Baiklah, nak bagi peluang kedua dan sebagainya. Tetapi mengupah seorang bekas banduan untuk menjaga KANAK-KANAK 11 tahun? Sama ada mereka tahu (dalam kes ini  mereka tahu tetapi masih meletakkan kanak-kanak itu dalam situasi berbahaya) atau tak tahu (mereka tak periksa latar belakang warden itu), tetapi apa yang dilakukan oleh sekolah itu boleh dikatakan satu bentuk kecuaian.

Poin saya, lihat kes ini dengan pandangan yang lebih luas. Kes ini tidak harus diingat sebagai seorang warden memukul Thaqif hingga mati.


Kes ini membangkitkan *soalan* untuk kita. Mengapa budak-budak yang kena dera tu tak nak cakap kepada pengetua atau ibubapa? Bukan seorang saja yang kena pukul, tetapi kenapa tiada siapa mengatakan apa-apa?

Atau jika mereka beritahu, kenapa tiada seorang yang percaya pada mereka? Mangsa penderaan biasanya ada tanda-tanda telah didera.  Adakah kes ini satu pengajaran kepada masyarakat kita yang tidak percaya apabila kanak-kanak berkata mereka didera?

Teringat kes sebelum ini, budak-budak sekolah agama yang didera secara seksual. Kes terpencil dan tidak berkait, atau satu gambaran besar tentang tragedi yang menimpa masyarakat yang mudah sangat percaya pada “tokoh senior /autoriti alim” sampai tidak boleh bayangkan mereka melakukan sesuatu terhadap kanak-kanak?

Ini bukan soal hentam sekolah agama Islam. Kes dera kanak-kanak oleh gereja katolik (banyak sangat mangsa!) sangat berleluasa kerana sebab yang sama: serahkan kanak-kanak kepada manusia yang dilihat maksum dan menganggap orang seperti ini tak mungkin mendatangkan mudarat. Sebenarnya, tanggapan seperti ini yang memberi risiko untuk kanak-kanak dieksploitasi yang sangat tinggi.

Saya pun tak faham, ibubapa dalam demografik macam mana yang hantar anak-anak baru 10, 11 tahun ke asrama? Sangat tidak digalakkan kerana budak-budak semuda itu tidak tahu mempertahankan diri dan terlalu mudah mengikut arahan mereka yang lebih senior.

Sekiranya anda ibu bapa, anak anda yang berusia 11 tahun sepatutnya duduk di rumah dengan anda, bukan jauh di tempat asing bersama orang asing di mana mereka tak mampu melindungi diri mereka sendiri.

Sumber: Amazingnara


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2poDDZn
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2p6vTea
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment