Tuesday, 25 April 2017

Kanak-Kanak Ini Jumpa Beg Berisi Wang RM16,500 Dan Emas 90gram. Apa Yang Dia Buat Selepas Itu Sungguh Mengejutkan..


Kejujuran mengatasi nafsu ketamakan.

Inilah ungkapan yang sesuai untuk kanak-kanak perempuan yang telah memulangkan sebuah beg berisi wang yang banyak kepada tuannya.

Piyarat Boonkek, sembilan tahun, menjumpai beg tersebut di tepi jalan dan beliau amat terkejut dengan jumlah wang yang begitu banyak.

Beg itu mempunyai wang sebanyak RM 16,500 dan emas seberat 90 gram.

Walaupun berisi wang dan emas, tidak sedikit pun hatinya ingin mencuri barang bukan hak miliknya.

Piyarat pulang ke rumah untuk memberitahu kepada ibu bapanya kerana beliau sendiri tidak tahu kaedah untuk memulangkan beg tersebut.

Kemudian, ibu bapa Piyarat telah mencari pemilik beg itu di kawasan Pantai Kamala.

Mujur mereka terjumpa seorang pemilik kedai di kawasan itu yang juga saudara kepada pemilik beg yang berisi wang ini.

Syukur akhirnya, keluarga Piyarat memulangkan beg itu di balai polis selepas menghubungi pemilik beg tersebut, Puan Nukhlia.

Puan Nukhlia, 55 tahun, memberitahu wang yang banyak itu merupakan wang untuk membayar bil hospital.

Ketika dalam perjalanan, hujan turun dengan lebat dan dia tidak sedar beg itu tercicir daripada pegangannya.

Apabila sampai ke rumah baru beliau tersedar dan pengsan seketika.

Akibat ketakutan, dia terus mencari beg yang bernilai itu di jalan yang dilaluinya sebelum semasa ke rumah.

Apabila mendapat panggilan daripada keluarga Piyarat, hatinya kembali ceria dan syukur kerana wang dan emas itu dapat dikembalikan.

Atas rasa terima kasih, Piyarat menerima saguhati daripada Puan Nukhlia sebanyak RM 256.

Puan Nukhlia pasti tidak akan melupakan peristiwa pahit ini dan akhirnya dapat juga membayar bil hospital.

Pengajarannya, bersikap jujurlah dalam setiap tindakan anda kerana hasilnya lebih bernilai daripada wang dan harta.

Sumber: Era Baru


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2q30NlU
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2pgvSTs
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment