Hari ini semakin ramai wanita mengalami masalah berkaitan rahim iaitu fibroid. Ia juga menjadi antara punca wanita mengalami masalah ketidaksuburan, haid malah keguguran yang tentunya merisaukan kerana menjejaskan peluang memperolehi cahaya mata.
Wanita yang berusia 30 hingga 40-an adalah golongan yang selalu mengalami masalah fibroid ini. Menjelaskan tentang kebimbangan ini menurut Pakar Sakit Puan Dr. Hamid Arshat punca fibroid mungkin ada disebabkan faktor baka tapi ada kemungkinan juga kerana pengambilan pemakanan yang menggalakkan pertumbuhan fibroid.
Elak 3 jenis makanan ini!
Dalam satu perkongsian di Facebook, beliau menyenaraikan beberapa jenis makanan yang menggalakkan pertumbuhan fibroid dan perlu dijauhi oleh kaum wanita.
1. Makanan tinggi kandungan gula dan karbohidrat
2. Makanan ringan, makanan segera dan makanan dalam tin juga disyaki menggalakkan fibroid kerana kandungan pengawet,perisa dan pemanis tiruan.
3. Makanan yang mengandungi phytoestrogen seperti kacang soya tetapi kesannya terhadap pertumbuhan fibroids tidak dapat dipastikan.
Makanan pencegah fibroid
Bagi mencegah pertumbuhan fibroid beliau turut menyarankan wanita mengambil makanan berikut:
- Makanan anti estrogen seperti delima, brokoli, kubis,bunga kubis, minyak zaiton, cendawan shitake, anggur merah, chia seeds, oat, teh hijau, jus lemon, kacang almond, walnut, kunyit, bawang, cholophyl dan spirulina.
- Selain itu minyak kelapa dara, bawang putih, kucai, beri, sayuran hijau segar atau mentah seperti ulam juga baik untuk diamalkan bagi mencegah fibroid.
Punca fibroid membesar
Menurutnya fibroid membesar atas pengaruh hormon estrogen. Kandungan estrogen berlebihan pada pengidap fibroid. Estrogen dikeluarkan oleh kilang ovari dan sedikit dari lemak dan kelenjar adrenal. Biasanya tindakan estrogen ditentang hormon progesteron.
Hormon progesteron hanya keluar jika ada penetasan telur (ovulasi). Malangnya tidak semua pusingan haid ada ovulasi. Oleh itu kekurangan hormon progesteron boleh menimbulkan bermacam-macam gangguan haid dan juga menyebabkan wanita kurang subur.
Masalah fibroid tidak menimbulkan gejala atau tanda-tanda. Cara terbaik untuk mengetahuinya adalah dengan melakukan ujian imbasan di bahagian peranakkan.
Sumber :Dr Hamid Arshat
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2pfUHQU
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2qgfFQZ
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment