Saturday, 29 April 2017

Pelajar Sekolah Ini Buat Laporan Polis Selepas Terpaksa Balik Sekolah Dengan Memakai Kain Pelikat


Seorang pelajar Tingkatan 2 di sebuah sekolah menengah di Bukit Beruntung membuat laporan polis kerana tidak berpuas hati selepas dikenakan hukuman memakai kain pelikat di sekolah sepanjang sesi petang persekolahan. – Lapor Harian Metro

Pelajar tersebut mendakwa seluarnya tidak dipulangkan sehingga beliau terpaksa balik dengan memakai kain pelikat.

Kejadian yang berlaku Selasa lalu kerana kesalagan pelajar tersebut memakai seluar ketat sebelum guru displin meminta pelajar tersebut melonggarkan semula jahitan yang diubah suai sendiri.

Laporan polis dibuat pelajar terbabit jam 7.15 petang di Balai Polis Bukit Sentosa pada hari yang sama.

Menurut pelajar itu, dia masuk ke sekolah jam 1 tengah hari dengan berpakaian lengkap, namun selepas perhimpunan dia dipanggil oleh guru disiplin berhubung kesalahan seluar ketat.

“Guru disiplin panggil saya suruh potong seluar sekolah bagi habis dan diberikan kain sarung.

“Cikgu beritahu akan berikan semula seluar sekolah bila mahu tamat waktu (persekolahan) tapi cikgu disiplin sudah balik bersama kunci (loker) dan seorang lagi cikgu suruh saya pulang dengan kain sarung,” katanya.


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2oKJUzy
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2oTUI9I
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment