Tuesday 25 April 2017

Lelaki Gantung Diri Bersama Anak Perempuan 11 Bulan Secara Live Di Facebook Dipercayai Kerana Cemburu

Keratan video yang disiarkan langsung itu.

Phuket: Seorang lelaki menggantung dirinya bersama anak perempuan berusia 11 bulan di Sakoo, Phuket dalam kejadian petang semalam. Tindakan membunuh diri itu disiarkan secara langsung di Facebook.

Polis menyifatkan tindakan itu dipercayai berpunca dari perasaan cemburu.

Kejadian itu disedari oleh teman wanita lelaki berkenaan, 21, yang menelefon polis paa 6.30 petang bahawa teman lelakinya telah memuatnaik video perbuatan itu di Facebook.

Video terbabit merakamkan lelaki terbabit mengikat tali di leher anaknya sebelum menjatuhkannya dari bangunan.

"Video itu, yang berdurasi selama empat minit di muat naik pada 5.45 petang semalam," kata polis Thalang, Lt Col Sanit Nookhong.

"Di dalam video, lelaki berkenaan menunjukkan sebotol air, yang kami sahkan adalah air ketum. Dia memberikan anaknya air itu dan dia sendiri mengambilnya. Selepas itu dia mengikat tali di leher kanak-kanak itu dan menjatuhkannya.

"Kamu boleh dengar kanak-kanak itu menangis sebelum berhenti. Dia kemudian menariknya kembali dan membuang ikatan di leher kanak-kanak itu," katanya.

Polis melancarkan usaha mencari lelaki itu dan anaknya sebelum menemui mayat mereka tergantung di sebuah bangunan di Moo 3, Sakoo berdekatan Pantai Nai Thon Beach.

Teman wanita memberitahu polis bahawa lelaki itu risau dia curang.

"Pada 3 pagi semalam, dia memeriksa telefon saya dan mengugut untuk membunuh saya," kata wanita itu.

"Saya sangat takut dan lari dari rumah serta meninggalkan anak saya dengannya," tambahnya.

"Selepas saya pulang, mereka tiada di rumah. Saya menelefonnya untuk membawa pulang anak ke rumah tetapi tidak boleh. Kemudian saya melihat klip video terbabit dan memanggil polis," katanya.

Sumber: Siakap Keli


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2pfVzn1
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2pxdB7e
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment