Tuesday 4 April 2017

Isteri Syak Suami Curang Dan Periksa Handphone Suami, Namun Dia Dibelasah Teruk Sehingga Cedera Di Muka Dan Badan


JOHOR BAHRU - Gara-gara memeriksa telefon bimbit suami, seorang surirumah cedera di muka dan lebam di beberapa bahagian badan akibat dibelasah lelaki terbabit. 

Dalam kejadian jam 11.00 malam, Isnin, Sakulin Dungul, 38, mengesyaki suaminya, Jason, 46, mempunyai perempuan lain, mencetuskan pergaduhan di kediaman mereka di Jalan Nakhoda 21, Taman Ungku Tun Aminah, Skudai.

Mangsa keturunan Dusun itu kemudian memeriksa telefon bimbit suaminya menyebabkan lelaki itu menarik rambut, memukul kepala dan menumbuk muka isterinya. 

"Akibat dipukul, saya mengalami sakit serta lebam-lebam di bahagian muka kiri dan kanan, leher serta bengkak di bahagian belakang kepala," katanya. 

Ekoran kejadian itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Taman Ungku Tun Aminah jam 11.23 malam tadi. 

Sumber: The Reporter


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2oEmt7b
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2n73u8a
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment