Saturday, 1 April 2017

Cyst Paling Besar Di Dunia, 33 Kg Berjaya Dikeluarkan Doktor


Dengan berat 33 kg ia dipercayai cyst paling besar di dunia pernah dikeluarkan dalam satu pembedahan yang turut berjaya menyelamatkan nyawa wanita berusia 24 tahun itu dari risiko kegagalan jantung melalui satu pembedahan di Hospital Mexico.

Wanita yang enggan namanya dikenali ini mula mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena apabila perutnya semakin membesar walaupun dia cukup mengawal pemakananannya.

Dalam masa yang sama cyst yang semakin membesar itu juga turut menyebabkan dia mengalami kesukaran berjalan, bernafas malah makan kerana menekan organ-organ lain.

Bagi menyelamatkan nyawanya doktor tiada pilihan selain melakukan pembedahan.

"Ini adalah cyst yang paling besar pernah saya keluarkan. Ia cukup besar sehingga memenuhi hampir 95 peratus bahagian abdomen pesakit,"ujar Dr. Erik Hanson Viana, 27 dari Mexico General Hospital yang melakukan pembedahan ini.


"Pesakit wanita ini mengalami masalah berat badan berlebihan. Selepas melakukan diet dia mendapati bahagian tubuh seperti wajah, lengan dan kaki semakin mengecil tapi bahagian perutnya semakin besar.

"Sewaktu dia datang, dia hanya mampu berjalan beberapa langkah sebelum kembali duduk kerana sukar bernafas akibat cyst yang menekan paru-parunya."

Selepas pembedahan mengeluarkan cyst tersebut, dua hari kemudian pesakit sudah mampu berjalan dan pulih sepenuhnya enam bulan kemudian.


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2mYUfal
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2oL8lbJ
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment