Friday 7 April 2017

Berbukini Di Pantai..Malulah Anda, Lindsay Lohan Pun Pandai Menutup Aurat Bila Berenang


Masih lagi menjadi tanda tanya tentang status agama aktres Lindsay Lohan, biar pun dia kini kelihatan serius dalam menimba ilmu tentang ajaran agama Islam. Bermula dengan penampilan pertama beliau berhijab di Turki dan diikuti kisah dia di tahan dilapangan terbang gara-gara mengenakan hijab itu mungkin tidak cukup menjadi perhatian dan tanda tanya masyarakat seluruh dunia. 

Kini Lindsay tampil memilih berburkini daripada memilih pakaian renang biasa iaitu bikini. Burkini ialah pakaian renang direka khas untuk wanita Muslim dan mendapat tempat didunia fesyen pada tahun 2004. 

Lindsay dikatakan bercuti di Phuket, Thailand minggu lepas dan dirakam berada di pesisir pantai untuk sesi belajar papan dayung ‘paddleboarding’. 

Burkini yang dipakai Lindsay bukan sahaja menutup bahagian tubuh malah lengkap dibahagian atas kepala seolah Muslimah sejati! 







Pakaian renang Burkini ini pernah menjadi kontroversi pada tahun lepas, apabila kerajaan Perancis mengharamkan dan mendakwa ia merupakan risiko kepada ketenteraman awam. 

Lindsay Lohan pun boleh menutup aurat ketika bercuti di pulau..kenapa tidak anda?

Sumber: https://www.hangat.com


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2pc7cdt
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2oM9Uu3
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment