Sunday 2 April 2017

Akhirnya Fasha Sandha Dedahkan Wajah Kekasihnya?


Fasha Sandha yang telah pun memberikan pengakuan tentang status dirinya baru - baru ini sedang rapat dengan seorang jejaka walaupun masih merahsiakan identiti jejaka terbabit.

Namun begitu, Fasha telah memuatnaik gambarnya bersama dengan seorang jejaka kacak di laman sosial instagramnya ketika sambutan hari lahir dirinya. 

“Sebelum ini pelakon popular Fasha Sandha ada memberitahu yang dia kini sedang berkawan rapat dengan seorang lelaki, tetapi identiti jejaka itu masih tidak pernah didedahkan. Bagaimanapun sewaktu sambutan ulang tahun hari lahir Fasha Selasa lalu, ada sumber menyampaikan pada teman Cik Pang yang lelaki dimaksudkan itu turut hadir”

“Ada sumber menunjukkan jejaka itu ada bergambar dengan Fasha dan turut dimuat naik ke dalam laman sosial Instagram miliknya. Bila Cik Pang menatap gambar itu, ternyata lelaki terbabit nampak segak. Orangnya bukan saja tampan, tetapi wajahnya juga sangat redup. Bak kata orang, sejuk mata memandang,” tulisnya menerusi Harian Metro.

Fasha yang masih tidak mendedahkan butiran peribadi jejaka terbabit kerana dia masih dalam fasa perkenalan.


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2o187zZ
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2orXcjo
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment