Sepatutnya bulan Ramadan menjadi bulan di mana umat Islam mencari pahala dan membuat kebaikan. Namun, ada juga pihak yang tidak bertanggungjawab yang cuba mencemarkan kemuliaan bulan ini sebab baru-baru ini viral tentang kewujudan ‘agama’ BTS. Astaghfirullah!
Menurut @angelpakaigucci di Twitter, ‘agama’ itu telah disebarkan melalui Telegram dan dikatakan bermula di Indonesia dan juga mula tersebar di Malaysia.
Difahamkan, ‘agama’ BTS ini wujud sebab ada peminat yang terlalu taksub dengan kumpulan K-POP terkenal iaitu Bangtan Boys atau lebih dikenali sebagai BTS. Kenapa lah sampai macam ni sekali?
Yang paling teruk, dorang siap ada rukun ‘agama’ BTS. Korang boleh baca antara mesej yang disebarkan dalam group terbabit kat bawah ni.
Group ni pun dah mencecah ribuan ahli!
Percaya BTS lebih indah dari Islam atau Kristian
Dikecam netizen Indonesia dan Malaysia
Perkara ini juga telah menimbulkan kemarahan peminat BTS yang lain yang berpendapat obsesi secara berlebihan terhadap artis K-POP tidak sepatutnya berlaku.
Namun, ada juga yang mengatakan ‘agama’ tersebut telah diwujudkan oleh golongan haters BTS yang berniat mahu memburukkan nama kelab peminat kumpulan K-POP tersebut yang dikenali sebagai Army. Kalau ya pun benci Army, tak perlu lah buat macam ni.
Katanya, group Telegram tersebut telah dibuat oleh seorang lelaki Indonesia.
Sejauh mana kesahihan perkara tersebut masih belum dapat dipastikan setakat ini. Apa-apa pun, takde masalah pun kalau nak minat mana-mana artis sekalipun, cuma jangan lah obses sangat.
Sumber: Lobakmerah.com
from Sehinggit Media https://ift.tt/2L2UsCQ
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2xG2Ntd
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment