Wednesday 6 May 2020

"Nak Bersihkan, Kena Pakai PPE Ni" - Peti Ais Berulat Gara-Gara Dua Bulan Tak Balik Rumah


Pelbagai cerita suka duka yang berlaku semasa musim COVID-19. Sejak pelaksanaan perintah berkurung mulai 18 Mac lalu, ramai yang terpaksa meninggalkan rumah masing-masing dalam tempoh waktu agak lama.

Hanya Tuhan tahu apa yang terjadi pada rumah yang ditinggalkan termasuklah apa yang terjadi pada pemuda ini.


Sebaik dapat pulang ke rumah yang telah ditinggalkan hampir dua bulan lamanya, beliau agak terkejut apabila mendapati peti ais miliknya bagaikan sudah menjadi tempat 'menternak ulat'!




Menerusi bebenang seterusnya, dia juga berkongsikan perbualan rakan rumahnya yang berseloroh mengatakan bahawa mereka perlu menggunakan peralatan perlindungan diri (PPE) bagi membersihkan peti ais itu.


Perkongsian pemuda ini mendapat perhatian netizen dan rata-rata mereka berkongsi tip untuk mencuci serta menyahbau peti ais tersebut.


Lain orang, lain ujiannya. Bertabah ya dik, cuci peti ais tu. 

Sumber: Forum CARI


from Sehinggit Media https://ift.tt/3dytmQr
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3do4V88
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment