Monday 4 May 2020

Selepas Bisnes Ebit Lew, Netizen Pakat2 'Shopping' Di Butik Adam Corrie


Selepas netizen ‘berpakat’ membeli pakaian di butik Ebit Lew, pendakwah terkenal itu tidak menang tangan sehingga terpaksa mencari 100 tukang jahit gara-gara terlalu banyak menerima tempahan.

Banyak sangat tempahan!


Selain pendakwah tersebut, rata-rata netizen juga mencadangkan supaya orang ramai memberikan sokongan terhadap pelakon Adam Corrie Lee dengan membeli pakaian di butik miliknya Mr & Mrs Adam Corrie Exclusive.

Ini kerana pelakon yang cukup sinonim dengan watak antagonis itu juga sering tampil menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


Menurut mereka, perniagaan kedua-dua insan tersebut mempunyai reka bentuk menarik selain harga yang berpatutan serta 100% buatan Malaysia.

Bantu produk tempatan!


Adam pun banyak sumbangan

Jangan lupa singgah


Beliau pun kembali kepada fitrah asal


Sokong barang mereka!


Walau bagaimanapun, butik milik Adam yang terletak di Busana@Menara Mara, Kuala Lumpur ketika ini ditutup buat sementara waktu namun boleh membuat tempahan secara ‘online’ di www.adamcorrie.my.


View this post on Instagram

A post shared by Adam Corrie (@adamcorrielee) on

Terdahulu, segelintir netizen di media sosial menyuarakan pendapat untuk tidak membeli di sebuah jenama pembekal kain popular selepas didakwa menyentuh isu bangsa Melayu yang mengundang rasa berang orang ramai. 

Sumber : Adam Corrie via https://ohmymedia.cc/


from Sehinggit Media https://ift.tt/3b2ADpC
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2YDtiKZ
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment