Tak dinafikan sejak pelaksanaan PKP pada 18 Mac lalu, orang ramai lebih selesa membuat pembelian secara atas talian sahaja. Sekaligus menjadikan pembelian ‘online’ ini mendapat permintaan yang sangat tinggi sehingga barang yang dipesan tiba lebih lambat dari biasa.
Jika dilihatkan pada lambakan parcel yang diterima di pusat pengumpulan barang, jumlahnya sangat banyak menjadikan proses penghantarannya mungkin tergendala. Berdasarkan perkongsian di Twitter, Pos Malaysia Berhad memaklumkan mereka menerima secara purata lebih 600 ribu parcel pada setiap hari.
600 ribu parcel setiap hari
Para pelanggan yang dihargai,— Pos Malaysia Berhad (@pos4you) April 29, 2020
Pos Malaysia telah menerima secara purata lebih 600 ribu parcel setiap hari semasa tempoh PKP. Kakitangan kami tekun menjalankan tugas untuk memastikan semua parcel diserah kepada penerima. https://t.co/ydPkPVgyjL
Oleh kerana pembelian secara atas talian meningkat, Pos Malaysia telah menerima secara purata lebih 600 ribu parcel dalam masa sehari. Melalui perkongsian itu, Pos Malaysia turut memberitahu waktu operasi masih lagi tertakluk kepada garis panduan dan pematuhan PKP. Mereka juga sedang berusaha sebaik mungkin untuk menghantar barangan dengan secepatnya.
Namun, meninjau di ruangan komen rata-rata meluahkan rasa tidak puas hati mereka kerana tempoh masa yang terlalu lama diambil untuk menerima barangan yang dipesan. Ada juga yang mencadangkan supaya penambahan kakitangan dilakukan memandangkan ianya mendapat permintaan tinggi.
Oleh kerana kebanyakan pelanggan masih lagi tidak menerima parcel mereka, ruangan komen di perkongsian ini dibanjiri dengan komen meminta memeriksa status barangan yang dipesan. Orang ramai diharapkan bersabar menunggu ditambah pula semakin banyak parcel yang diterima memandangkan musim perayaan tidak lama lagi.
Sumber: https://ift.tt/3c1xpnH
from Sehinggit Media https://ift.tt/2StxVmT
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3dg7ngU
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment