Friday 1 May 2020

Premis Atau Lokasi Kerja Dikesan Ada Kes COVID-19 Selepas Dibenar Beroperasi Akan Ditutup, Diletak Sebagai PKPD


Premis atau lokasi kerja yang akan mula beroperasi minggu hadapan akan ditutup sekiranya kes jangkitan COVID-19 dikesan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, penutupan kawasan itu diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

“Kita akan tutup kawasan tersebut dan akan laksanakan saringan, kita pasti akan mengasingkan mereka yang positif.


“Kita akan kuarantin mereka yang ada close contact di lokaliti tersebut sama ada di kilang atau sebagainya,” katanya dalam satu sidang media, hari ini.

Hisham mengulas perkara berkenaan berdasarkan pengoperasian semula beberapa sektor ekonomi yang telah dibenarkan oleh kerajaan.

Kenyataan berkenaan boleh dirujuk pada minit ke 27.


Sumber: KKM via Siakapkeli.my


from Sehinggit Media https://ift.tt/2SoiI6q
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3c6HhwN
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment