Friday 1 May 2020

Isteri Hamil 2 Bulan, Jamal Abdillah Bakal Timang Cahaya Mata Lagi


Selepas menyambut kelahiran anak perempuan pertama pada Oktober tahun lepas, hari ini, Datuk Jamal Abdillah telah memaklumkan berita gembira sekali lagi apabila isterinya hamil anak kedua mereka.

Dapat baby lagi

Menerusi Harian Metro, Jamal memberitahu bahawa isterinya hamil 2 bulan selepas pemeriksaan doktor dilakukan. Perkara itu dinyatakan menerusi pesanan WhatApps kepada pihak sumber.



“Rezeki teman (saya). Udah (sudah) 10 minggu. Aduii.”

“Pengesahan diterima dua hari lalu, tapi belum nampak jantina.”



Tahun lalu timang anak perempuan

Terdahulu, Jamal Abdillah dan isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin dikurniakan seorang anak perempuan comel bernama Azura Yamani berusia hampir tujuh bulan selepas  setahun bernikah.

Jamal juga sudah mempunyai dua orang anak lelaki berusia 18 dan 13 tahun hasil perkahwinan terdahulunya.


Tahniah buat Datuk Jamal dan isteri!

Sumber : Harian Metro via https://ohmymedia.cc

from Sehinggit Media https://ift.tt/2xmkKg2
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2YpffbO
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment