Saturday 2 May 2020

Covid-19: Kes Baharu Meningkat, Kembali Tiga Digit


Selepas dua minggu mengekalkan angka dua digit, jumlah kes baharu positif wabak koronavirus (Covid-19) di Malaysia hari ini kembali kepada tiga angka.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 105 kes baharu direkodkan dengan menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 1,747 kes.

"Daripada 105 kes baharu yang dilaporkan hari ini, 11 kes adalah kes import.


"Ini bermakna kes penularan tempatan adalah sebanyak 94 kes di mana 60 kes telah dikesan dari lokaliti di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD)," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, Dr Noor Hisham turut memaklumkan bahawa terdapat 116 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini.

Katanya, ia menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan telah discaj dari wad adalah sebanyak 4,326 kes atau 70 peratus.

"Tiada kes kematian berkaitan Covid-29 direkodkan, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian akibat wabak itu di Malaysia kekal sebanyak 103 kes," katanya.

Sumber: Sinar Harian


from Sehinggit Media https://ift.tt/35o8Lv6
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3bWMdEl
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment