Seakan tidak ada pengakhiran kemelut rumah tangga Da’i Farhan dengan isteri barunya Noorainul Naqim Mohd Radzi apabila wanita itu memberitahu bahawa dirinya sudah bercerai dengan pendakwah muda tersebut.
Perkara itu disampaikan melalui muat naik di Instagram sebentar tadi dengan menulis panjang lebar mengenai jalan cerita pernikahan mereka.
Diceraikan ketika hamil
Noorainul Naqim atau Drholis memaklumkan bahawa Da’i Farhan sudah melafazkan cerai pada 27 April yang lalu selepas dirinya hamil anak pertama bersama pendakwah tersebut.
Rela diceraikan
Menurut perkongsian itu lagi, Da’i Farhan dikatakan terlalu merindui anak-anaknya. Atas desakan pelbagai pihak, wanita tersebut dengan rela memilih untuk diceraikan.
Susulan daripada itu, dia berharap agar tidak lagi dikaitkan dengan pendakwah itu dan sempat meminta maaf sepanjang pernikahan mereka andai kata ada pihak yang terguris.
Hamil anak pertama
Pada 25 April yang lalu, drholis telah mengesahkan bahawa dirinya hamil dan memuat naik berita gembira itu di media sosial selepas berasa loya dan muntah-muntah.
Selepas mendapatkan rawatan doktor, dia disahkan hamil setelah ujian kehamilan yang dilakukan menunjukkan dua garis.
Terdahulu, pasangan tersebut pernah menggemparkan negara apabila bernikah di Tanah Suci tanpa pengetahuan isteri pertama. Da’i Farhan juga teruk dihentam netizen kerana menceraikan isteri pertama ketika sarat mengandung anak kedua mereka.
Sumber : Drholis via https://ohmymedia.cc
from Sehinggit Media https://ift.tt/2ziegzi
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3c89Hqb
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment