Sunday 4 March 2018

(Video Dan Gambar) Pokok Besar Tumbang Depan KLCC, Dua Penunggang Motosikal Cedera Parah


Kuala Lumpur dikejutkan dengan pokok besar yang tumbang betul-betul dihadapan Menara Berkembar Petronas, KLCC Jalan Ampang dan telah menghempap dua orang awam pada jam 7.43 pagi tadi. Melalui Twitter @ITISDBKL, rentetan daripada kejadian itu, beberapa Jalan berhampiran antaranya, Ampang ke Jelatek serta sekitar kawasan Yap Kwan Seng mengalami kesesakan yang teruk.

Unit Kecemasan DBKL juga sedang menghala ke lokasi kejadian bagi memantau mangsa terlibat dan masih menunggu perkembangan baru mengenai keadaan dua orang mangsa tersebut yang dilaporkan cedera.


Sumber Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, pihaknya kini berada di lokasi berkenaan bagi menangani isu berbangkit.

"Skuad Penyelamat Jawatankuasa Penilaian juga sudah dimaklumkan mengenai kejadian itu. "Laporan lanjut akan menyusul dari semasa ke semasa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.










Sumber: Siakapkeli.my


from Sehinggit Media http://ift.tt/2FSaLio
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2FcvvnT
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment