Thursday 1 March 2018

Kemaluan Seorang Lelaki Dijangkiti Parasit Selepas Cari ‘Kepuasan’ Guna Perut Ikan Laut Dalam


Seorang lelaki terpaksa menanggung derita jangkitan parasit pada zakarnya. Lelaki warga Jepun itu mendakwa dia menderita akibat jangkitan pundi kencing yang amat menyakitkan selepas perbuatan ‘di luar tabii’ tersebut, walaupun setelah membersihkan organ ikan mentah itu berkali-kali.

Pengalamannya itu dimuatnaik lelaki itu di papan buletin atas talian popular Jepun, 2channel atau lebih dikenali sebagai ‘2ch’, termasuk gambar yang dimuat naiknya menunjukkan isi perut ikan itu yang dipakainya seperti sarung tangan. Ikan yang digunakan adalah, Ikan Pemancing atau Anglerfish yang merupakan ikan pemangsa yang ditemui di laut dalam.

Tanpa mendedahkan identitinya, lelaki itu mendakwa tindakannya itu didorong oleh rasa ingin tahu bagaimana beronani menggunakan isi perut ikan.


Dia menceritakan bagaimana dia membasmi kuman menggunakan garam dan etanol, selain mengulangi proses itu sebanyak lima kali untuk menyahkuman organ ikan berkenaan. Bagaimanapun, dalam status selanjutnya, dia menjelaskan dia kemudian mengalami kesakitan yang teruk pada bahagian kemaluannya dan segera mendapatkan rawatan di hospital.

Doktor mendiagnosis lelaki tersebut dengan urethritis atau keradangan pada saluran pundi kencingnya sebelum memberikan rawatan antibiotik untuk melawan jangkitan parasit.

Ikan anglerfish atau lebih dikenali dengan gelaran Iblis Laut Hitam mempunyai ‘antena’ di kepalanya yang berbentuk seperti joran pancing dan bola bercahaya di hujungnya.

Sumber: Aliff Channel


from Sehinggit Media http://ift.tt/2FcimKZ
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2F2PwgS
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment