Sunday 4 March 2018

Kau Dah Kenapa Bogel Dalam Pesawat? Bangla Ditahan Selepas Menimbulkan Kekecohan Dalam Pesawat


LELAKI warga Bangladesh menimbulkan kekecohan di dalam pesawat tempatan yang dalam perjalanan ke Dhaka dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) apabila berbogel dan menyerang kru penerbangan, semalam.

Difahamkan lelaki berkenaan yang juga penuntut universiti swasta tempatan bertindak berbogel ketika pesawat baru berlepas.

Lelaki berusia 20 tahun itu juga memeluk dua kru penerbangan sebelum menyerang ketua pramugari yang cuba menenangkannya.

Kru penerbangan dengan bantuan penumpang pesawat kemudian memakaikan pakaian ke atas lelaki terbabit dan mengasingkannya di tempat duduk berlainan sebelum mengikatnya kerana dia berada dalam keadaan tidak terkawal.

Wakil syarikat penerbangan berkenaan ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

"Kami mengesahkan kejadian yang berlaku di dalam pesawat berkenaan dan kru penerbangan sudah mengambil langkah keselamatan ketika kejadian berlaku.

"Kru penerbangan juga mengambil tindakan dengan mengikut prosedur operasi standard bagi menjamin keselamatan dalam pesawat," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, lelaki berkenaan kemudian ditahan pihak berkuasa Bangladesh sejurus pesawat berkenaan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Shahjalal, Dhaka.

"Penumpang berkenaan sudah ditahan dan diambil tindakan oleh polis Bangladesh.

"Pihak syarikat penerbangan sentiasa mengambil langkah keselamatan terbaik bagi memastikan penumpang berada dalam keadaan selamat," katanya.

Sumber: Harian Metro


from Sehinggit Media http://ift.tt/2oJSOeD
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2H41qmS
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment