Friday 2 March 2018

Dia Terkejut Melihat Anunya Hilang Selepas Dimandulkan


Terdapat banyak sebab mengapa kucing menguasai perkara popular di internet. Mereka sangat comel, aksinya yang lucu, malahan mereka juga dikatakan sejenis haiwan yang penuh dengan ekspresi tidak kiralah mood mereka baik, sedang marah atau pun sedih. Mereka sungguh comel sehingga kita akan merakamkan aksi mereka. Salah satunya adalah video reaksi kucing ini setelah mengetahui bahawa ia telah dikasikan.

Kucing ini yang berbaka American shorthair, sedang sibuk membersih dan menjilat bulu tubuhnya. Tetapi, saat sahaja ia ingin menjilat pada bahagian alat sulitnya, ia berasa lain dan dalam kehairanan seperti terdapat sesuatu yang hilang! Baru sahaja ia nampak buah zakarnya tetapi kini ia tiada.

Ianya leper kerana ia baharu sahaja dikasikan


Wajahnya sungguh terperanjat, mulutnya terbuka seperti berkata “Apa?!”


Pandangannya kemudian beralih kepada tuannya yang sedang ketawa


Kasihannya….tetapi pasti nanti ia akan biasa dengan keadaannya. Pemilik kucing disarankan agar mengasi kucing mereka dalam usaha untuk mengurang dan mengawal kelahiran anak kucing yang tidak diinginkan.

Menurut American Society for the Prevention of Cruelty to Animals (ASPCA), 3.4 juta ekor kucing dimasukkan ke dalam pusat perlindungan haiwan setiap tahun. Kaedah mengasi dan mengembirikan haiwan ini juga dilaporkan memberikan banyak faedah kesihatan. Kucing jantan yang dikasi dikatakan dapat mengurangkan sifat ganasnya. Ini bermakna ia dapat mengelakkan pergaduhan antara kucing jantan yang berebutkan kucing betina.

Selain itu, kaedah ini juga dapat membantu mengatasi masalah kucing jantan yang suka memancut kencingnya pada objek-objek di persekitarannya, yang lazim dibuat oleh kucing jantan untuk menandakan kawasannya. Sewaktu pembedahan, kucing yang dikasikan akan diberikan ubat pelali bagi membolehkan buah zakar dibuang. Sejurus sahaja luka pembedahan itu dijahit, kucing berkenaan dibenarkan untuk dibawa pulang ataupun dimasukkan ke dalam wad jika berlaku sebarang komplikasi.

Tonton video yang sangat lucu ini:


Sumber: Era Baru


from Sehinggit Media http://ift.tt/2FNOfYb
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2CVtXsC
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment