Tuesday 20 March 2018

Detik Sebelum Siti Nurhaliza Melahirkan Anak Sulung Beliau Yang Comel .. Datuk K Dedahkan Apa Sebenar Terjadi


Tonton video di bawah untuk mengetahui detik-detik sebelum Situ Nurhaliza melahirkan anak sulung beliau yang comel. Tahniah diucapkan kepada Datuk K dan Siti..



Berita Lain Mengenai Kelahiran Puteri Sulung Siti Dan Datuk K...

‘Itu bukan bayi Siti’. PENGURUS penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza, Rozi Abdul Razak menyelar tindakan segelintir pihak menularkan gambar Siti bersama seorang bayi.

Menurut Rozi, berikutan tersebarnya gambar itu ramai beranggapan bayi terbabit adalah puteri sulung Siti yang dilahirkan pagi tadi, hari ini.

“Jangan percaya apa yang tersebar. Seperti semua sedia maklum, Siti dan suami akan berkongsi wajah dan nama penuh anak mereka selepas tujuh hari kelahiran.

“Selagi gambar itu bukan daripada Siti, ia tidak sahih,” katanya kepada Harian Metro.

Rozi berkata, kewujudan pihak menggunakan nama Siti untuk menyebarkan berita palsu bukanlah perkara baru.

“Saya tak faham apa tujuan sebenar pihak terbabit. Kalau boleh berhentilah mengelirukan orang lain. Jangan hanya kerana gambar berkenaan, semua orang terpedaya,” katanya.


Sementara itu, Rozi ketika dihubungi Harian Metro menerusi program Sembang Sembang Comel Pipi Merah berkongsi wajah anak Siti serupa dengannya.

Malah, Rozi berkata Siti masih dalam pemantaun rapi kerana bersalin secara pembedahan.

“Alhamdulillah, keadaan anak Siti sangat baik. Wajahnya mirip Siti dan sangat comel. Siti sudah menyusukan anak. Saya dan ahli keluarga lain dapat melihat bayi di tempat jagaan bayi.

“Bercakap mengenai keadaan Siti, dia menjalani pemerhatian khusus daripada doktor kerana bersalin secara pembedahan. Ini prosedur biasa, jadi kami perlu hormati. Doakan semoga semuanya dalam keadaan baik,” katanya.

SUAMI Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, mengesahkan wajah bayi yang tular di media sosial adalah anak mereka namun terkilan dengan sikap tidak bertanggungjawab individu yang menyebarkan gambar terbabit.

Gambar yang memaparkan bayi itu berada di riba seorang wanita mulai dikongsi pengguna laman sosial sejak petang tadi.

Sumber: Harian Metro


from Sehinggit Media http://ift.tt/2u4q5Xb
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2ps8eoj
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment