Tuesday 6 March 2018

“Buat malu je” - Orang Ramai Berdekah Tengok Lelaki Ini Menyamar Jadi Pilot Air Asia.


Semakin hari semakin ramai orang buat benda yang bukan-bukan, baik di luar negara mahupun di Malaysia. Terbaru, seorang lelaki telah merakamkan temu bual antara dia dan seorang lelaki yang segak memakai uniform juruterbang. Peter Talalla telah memuat naik video tersebut di akaun Facebook dan mendapat perhatian ramai. Peter yang bertemu dengan lelaki tersebut di sebuah pusat membeli belah di Kuala Lumpur hairan bagaimana lelaki ini dengan senang lenang boleh menyamar sebagai seorang pilot.

Lelaki yang berpura-pura seorang pilot itu dengan selamba menjawab segala pertanyaan yang diajukan oleh Peter dan mengaku merupakan kapten kapal tebang AirAsia.


Apabila ditanyakan tentang pesawat yang dibawanya serta enjin yang terdapat di dalam pesawat tersebut, lelaki yang kelihatan masih muda itu menjadi sedikit gugup dan memberitahu kini memandu pesawat AK43.

“Enjin dia tak banyak, enjin dia bahagian yang bawah kipas tu, yang dekat situ, yang dua tulah kan..Lepastu ada sedikit yang kat bahagian depan tu kan.”

Walaupun menyedari lelaki itu hanya menyamar, Peter terus menerus bertanyakan soalan malah ‘memujinya’ kerana memberi inspirasi kepada orang luar sana yang ingin menjadi juruterbang.


Peter kemudian bertanyakan sekiranya dia boleh mendapatkan diskaun jika bertemu dengannya lagi dan menjawab cara di airport adalah ketat dan berbeza.

Namun, kemudian, dia dengan confident memberitahu bahawa boleh membawa Peter untuk membuat simulasi di tempat lain iaitu di Sky Simulator di mana tempat orang lain train untuk menjadi juruterbang. Di penghujung video yang berdurasi lebih dua minit itu, Peter turut sempat menanyakan namanya.

Nama saya Kapten Rayzan.”

Tak cukup dengan itu Kapten Rayzan turut memberikan kata-kata semangat kepada mereka yang ingin menjadi pilot sepertinya supaya yakin dengan diri sendiri. Sejak itu, ramai yang meninggalkan komen dan mentertawakan lelaki ini yang ternyata hanya menyamar.





Harap Kapten Rayzan tak buat lagi dah macam ni…

Sumber: lobakmerah.com


from Sehinggit Media http://ift.tt/2H8zU7R
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2D4dr9C
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment