Tuesday 20 March 2018

Ahli Keluarga Terdekat Jadi Mangsa Tuduhan Gambar Anak Siti Tersebar, Pengurus Beri Penjelasan!


KUALA LUMPUR – Pengurus Datuk Seri Siti Nurhaliza, Rozi Abdul Razak meluahkan rasa terkilan apabila gambar yang didakwa sebagai anak kepada Siti tular di laman sosial malam kelmarin.

Rozi, 44, yang juga kakak ipar Siti, menyifatkan perbuatan tersebut sebagai tidak amanah dan ia sedikit sebanyak memberi impak kurang baik terhadap kredibilitinya serta keluarga terdekat.

“Apabila gambar tersebut tersebar, saya dan ahli keluarga terdekat yang dituduh berbuat demikian.

“Sejujurnya, saya berasa terkilan kerana amanah dan kepercayaan yang diberikan Siti tidak dijaga dengan baik,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini sebentar tadi.

Dalam pada itu, Rozi memohon supaya khalayak agar mengikuti perkembangan terkini Siti daripada kenyataan rasmi yang dikeluarkan olehnya atau Siti sahaja.

“Jika Siti berkata dia akan berkongsi nama anak dan gambar, insya-Allah pasti dia akan tunaikan. Jadi, kita hormati permintaannya,” ujar Rozi.

Terdahulu, tidak sampai 24 jam selepas kelahiran, kecoh di laman sosial apabila ada individu dengan sengaja berkongsi gambar anak milik Siti Nurhaliza yang lahir pada 19 Mac lalu di sebuah hospital di ibu kota.

Ia menimbulkan kecaman banyak orang memandangkan Siti meminta untuk diberi sedikit ruang dan privasi sebelum mengumumkan nama dan wajah anaknya yang diberi nama sementara Fatimah Az-Zahra itu kepada khalayak pada masa yang sesuai.

Fatimah Az-Zahra dilahirkan dengan berat 3.55 kilogram secara pembedahan pada 8.17 pagi Isnin lalu.


from Sehinggit Media http://ift.tt/2IDKDsL
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2DG530y
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment