Tuesday 2 January 2018

Sajat Pakai Seluar Dalam Ketat Untuk Sorok Anu?


Bahagianya tengok pasangan sejoli Nur Sajat dan kekasihnya Coach Yin bawa anak-anaknya berjalan-jalan. 

Menerusi foto yang dikongsikan di laman Instagram milik mereka berdua, pasangan itu dilihat bahagia dapat membawa anak-anak mereka mengunjungi Zoo Negara sempena cuti perayaan baru-baru ini. 

Aktiviti bersama anak-anak adalah riadah yang dilakukan Nur Sajat dan kekasihnya. Bagaimanapun keseronokan itu tidak dapat dirasai oleh netizen. Bermula dengan usikan nakal tentang bentuk badan Nur Sajat yang montok, kemudian melarat kepada bahagian peribadi dan kekeliruan jantinyanya. 

Netizen mulai bertelagah di ruangan komen apabila ada yang mengatakan Nur Sajat berpakaian dalam ketat bertujuan menyembunyikan bahagian sulitnya. Amboi, tajam sungguh penglihatan netizen!





Ada pula yang menghentam sesama mereka dan teguran kasar dan memalukan Sajat. Dan ada juga yang mengutuk dan mencarut kepada jutawan kosmetik itu. 

Namun begitu, masih ada netizen yang cuba membela Sajat dan berdoa supaya dia berubah. Nur Sajat bagaimanapun mendiamkan diri dan tidak membalas komen-komen negatif tersebut.

Bentuk tubuh Sajat dicemburui wanita sejati.

Terdahulu, Nur Sajat telah membuat pengakuan bahawa dia sebenarnya dilahirkan khunsa iaitu mempunyai dua jantina. Menurutnya, pada peringkat awal kedua ibu bapanya memilih untuk Sajat menjadi lelaki dan seterusnya menggunakan nama lelaki. Namun kemudian setelah meningkat dewasa, kecenderungan Nur Sajat lebih kepada wanita dan dia akhirnya menukar jantina kepada wanita. 

Tidak menyalahkan takdir, Nur Sajat kini lebih berkeyakinan setelah melakukan tranformasi secara keseluruhan. Tambahan pula telah mempunyai pasangan yang sentiasa menyokongnya, Coach Yin. 

Jika benarlah kisah kelahirannya yang unik itu, CARI rasakan adalah tidak patut netizen terus menghentam dan menyalahkan Nur Sajat. Doakan sahaja yang baik-baik untuknya. 

Sumber: CARI forum


from Sehinggit Media http://ift.tt/2DOZX2k
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2DRZ9JU
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment