Tuesday 2 January 2018

‘Makin Tua Makin Handsome’ – Netizen Puji Penampilan Anil Kapoor Tetap ‘Hot’ Di Lewat 50an, Apa Rahsia?


Siapa peminat no satu filem dan lagu-lagu bollywood pasti mengagumi salah seorang pelakon legend Anil Kapoor. Pada suatu ketika dahulu Anil memang sangat popular seiring dengan Shah Rukh Khan, Salman Khan dan Amir Khan.

Dikenali sebagai seorang pelakon yang kacak dan bersopan santun, Anil telah berjaya membuktikan bakat yang dimilikinya dengan menggodoli pelbagai anugerah hebat. Fuhh teringat pulak masa remaja dulu, setiap petang tunggu rancangan bollywood di depan TV semata-mata nak tengok pelakon pujaan kan.




Bakat pria yang memiliki ciri khas kumis tebal ini, mungkin didapat dari ayahnya yang seorang produser terkenal bernama Surinder Kapoor. Bisa dikatakan bahwa Anil Kapoor adalah seorang yang multitalent. Bakatnya ini pun ternyata menurun lagi kepada anak-anaknya

Anil dikenali peminat kerana sering berlakon bersama Seri Devi satu ketika dahulu dan dia mula dikenali di peringkat antarabangsa selepas lakonannya dalam Slumdug Millionnaire. Siapa tengok?



Secara ringkasnya, Anil dilahirkan pada 24 Disember 1959. Pada tahun 2018 Anil sudah menjangkau umur 59 tahun! Fuh masih segak dan bergaya macam orang muda. Dia sudah berkecimpung dalam dunia lakonan hampir 40 tahun dan mula menjadi penerbit pada tahun 2005. Selain memenangi anugerah di atas kehebatan lakonannya, Anil juga sering meungguli anugerah aktor paling versatile!







Sumber: Kisahdunia.com


from Sehinggit Media http://ift.tt/2ExFvEr
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2qcH5bx
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment