RUSIA: Seorang pelajar lelaki yang terlalu teruja dan ghairah untuk melakukan hubungan seks telah membunuh teman wanitanya sebelum dia membunuh dirinya sendiri.
Lelaki terbabit didakwa kerana dia dikatakan telah menceritakan pengalamannya melakukan hubungan seks kepada ibu bapa teman wanitanya dan menceritakan bagaimana dia melakukan perbuatan terbabit sebelum meninggal dan dengan juga dengan mayat teman wanitanya itu.
Suspek iaitu Artyom Iskhakov, 19, didakwa telah mengaku bahawa dia telah membunuh Tatiana Strakhova dalam satu mesej yang mengerikan kepada keluarga remaja perempuan terbabit di satu laman sosial.
Dia juga turut dituduh memukul dan mencekik mangsa yang berusia 19 tahun itu, dan turut menyeksanya kerana remaja perempuan terbabit dikatakan telah berlaku curang dengan mempunyai teman lelaki yang baru.
Artyom didakwa telah memberitahu keluarga mangsa bahawa ketika mengetahui perkara tersebut hatinya berasa sangat marah dan juga kecewa lantas dia terus mengambil pisau dan menikamnya, lalu dia juga turut melakukan hubungan seks dengan mayat teman wanitanya itu.
Dia kemudian berhenti seketika untuk berehat dan memakan sandwic lalu dia tertidur, tetapi apabila dia bangun dia juga turut mengulangi perbuatan yang keji itu sekali lagi.
Artyom, yang merupakan seorang pelajar bagi jurusan IT dan juga komputer itu memberitahu bahawa tindakannya itu amatlah keji dan kejam tetapi ini adalah apa yang saya mahukan.
Selepas pengakuan itu dibuat, dia juga turut memohon maaf di atas kesalahannya itu dan turut memberitahu lokasi mayat remaja perempuan terbabit sebelum dia bertindak menggantung dirinya sendiri.
Tatiana merupakan seorang pelajar gred A di salah satu universiti yang terkenal di Moscow dikatakan telah menjalinkan hubungan dengan Artyom sebelum bertindak memutuskan hubungan dengan lelaki terbabit.
Mereka dikatakan masih lagi tinggal bersama di sebuah rumah pangsa walaupun dia telah menjalinkan hubungan dengan lelaki lain dari St Petersburg.
Suspek dikatakan telah menyambung belajar di Universiti Bauman menulis bahawa dia meninginkan untuk melakukan hubungan seks dengan teman wanitanya itu tetapi dia menolak menyebabkan dia bertindak membunuh mangsa.
Dia juga turut menceritakan bahawa dia sudah penat untuk mendengar alasan yang tidak munasabah apabila dia mengajaknya untuk keluar minum, namun apa yang lebih memeranjatkan adalah dia keluar berfoya-foya dengan lelaki lain.
Di dalam satu mesej bergambar, Artyom mengatakan bahawa dia mula bertindak ke atas Tatiana sebaik sahaja dia pulang ke rumah dengan menumbuk mukanya sehingga berdarah di samping Tatiana turut merayu untuk memberhentikan tindakan tersebut dan keluar daripada rumah mereka.
Bagaimanapun, dia memberitahu bahawa “Aku tidak tinggalkan dia, bodoh. Aku mula mula menarik dan memukulnya. Sehingga dia jatuh pengsan tetapi jantungnya terus berdenyut.”
Seterusnya, dia juga turut menulis bahawa dia telah merogol mayat remaja perempuan terbabit sebelum dia mencekik dan menyelar lehernya dengan menggunakan pisau.
Artyom menulis bahawa jantung Tatiana masih lagi berdenyut dan oleh kerana itulah dia menikam dada mangsa dan turut merogolnya lagi.
Selain itu, dia mendakwa dia mencekik teman wanitanya dan turut ingin memperlakukan mangsa di mana dia ingin mengikat mangsa dengan tali yang dibelinya untuk mencuba 'shibari' ataupun perhambaan Jepun dengan mayat teman wanitanya itu.
Dalam pada masa yang sama, Artyom juga turut mengaku bahawa dia pergi ke dapur untuk makan sesuatu dengan menulis “Saya akan pergi membuat sandwic, dan akan menikmatinya selagi boleh”, dan sebaik sahaja selesai makan dia telah tidur sebelum dia bangun dan merogol mangsa buat kali terakhir.
Dia juga telah menulis bahawa dia sangat malu dan turut menambah, “Maafkan saya kerana telah mengambil nyawa satu-satunya anak kamu semua. Saya sangat cintakan dia.”
“Kamu tahu bahawa saat ini saya telah sedar bahawa saya telah melakukan perkara yang bodoh. Badan saya jadi sejuk dan tangan saya juga turut menggeletar.”
“Sekarang saya tidak perlu melakukan apa-apa lagi selain membunuh diri saya sendiri. Saya telah menghancurkan kebahagiaan orang lain, hanya kerana apa? Akhirnya saya juga yang terpaksa menanggung kesepian di atas perbuatan saya.”
Beberapa jam selepas mesej itu di muat naik, dia telah menulis mesej yang baru iaitu “Apa sudah jadi kepada saya. Saya tidak berdaya menanggung dosa ini.”
“Saya mencium dahi Tatiana dan meninggalkan ucapan selamat malam buat dirinya,” katanya sebelum dia bertindak menggantung diri.
Di samping itu, dia juga turut menulis mesej buat ibu bapanya sendiri “Saya telah mengecewakan kamu semua. Saya dah tak boleh berpatah balik. Ingatlah sesuatu yang baik yang pernah saya lakukan. Saya tidak menyangka bahawa semua ini akan berakhir dengan cara ini.”
Dalam pada itu, sebaik sahaja berita ini tersebar, ibu bapa mangsa bertindak dengan membuat laporan polis dan pihak polis akan segera menyiasat kes ini.
Sumber: Daily Mail via Onlinenews.today
from Sehinggit Media http://ift.tt/2EbXRe8
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2DyPXdL
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment