Wednesday, 24 January 2018

Lelaki 54 Tahun Tekup Muka Jiran Guna Kain Sebelum Merogolnya..


Seorang lelaki ditahan, dipercayai merogol seorang wanita yang juga merupakan jirannnya selepas memasuki rumah mangsa di Kota Kuala Muda, Sungai Petani.

Berita Harian melaporkan, ketika kejadian kira-kira jam 9.30 pagi, mangsa yang berusia 28 tahun sedang tidur di rumahnya.

Suspek yang berusia 54 tahun menutup muka mangsa dengan menggunakan kain, menyebabkannya tidak dapat melawan.


Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisiner Saifi Abdul Hamid, berkata, 

"Mangsa meronta dan cuba melawan, namun gagal, sebelum suspek merogol mangsa. Suspek kemudian berlari keluar melalui pintu depan rumah dan masuk ke dalam hutan berhampiran.

"Mangsa kemudian bergegas ke rumah kakaknya dan menceritakan kejadian berlaku, sebelum dibawa ke Balai Polis Kuala Muda untuk membuat laporan polis," katanya.

Sesulan itu, sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Daerah Kuala Muda menahan seorang lelaki yang juga jiran mangsa.'

"Suspek kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda dan kini direman tiga hari sehingga Khamis ini untuk disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan," tambahnya. 

Sumber: CARI forum


from Sehinggit Media http://ift.tt/2rz9glN
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2E33lIa
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment