Tuesday, 23 January 2018

Kelab Dangdut Tepi Masjid, Jadi Tarikan Warga Emas Berusia 60-70 Tahun Di Terengganu..


Sebelum ini pernah ditegur, tapi tidak diendahkan. Kelab dangdut untuk warga emas ini telah mengundang ketidakselesaan penduduk di Kampung Telari, Manir, Kuala Terengganu.

Penduduk setempat pernah memberi teguran kepada pemilik premis berkenaan namun tiada tindakan lanjut yang dilakukan.

Menurut mStar Online, kelab tersebut sudah lima tahun beroperasi dan menjadi tarikan warga emas berusia 60-70 tahun.

Difahmakan, kelab ini menyediakan hiburan tarian mengghairahkan dari wanita muda yang seksi dan berpakaian ketat.

Aktiviti di kawasan berkenaan dikesan seawal jam 9 malam hingga ke awal pagi.

Warga emas tanpa segan silu menyanyi dan menari, disulami dengan usur lucah.

Pelanggan juga ada memberi tips kepada penari dengar kadar yang bersesuaian dengan persembahan.

Lebih memalukan, pihak tersebut langsung tidak malu kerana kelab dangdut berkenaan cuma terletak 200 meter dari kawasan masjid.

Seorang penduduk yang hanya ingin dikenali sebagai Zaki, 41, berkata,

“Aktiviti dangdut diadakan antara tiga hingga empat kali seminggu dengan empat hingga lima penyanyi dibawa dari Kelantan.

“Kebanyakan pengunjung yang datang terdiri daripada warga emas, mereka juga dilihat langsung tidak menghormati jemaah yang mengadakan program keagamaan di masjid kerana jaraknya terlalu dekat,” katanya. 

Sumber: CARI


from Sehinggit Media http://ift.tt/2E6csIk
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2n3KfKO
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment