Tuesday 2 January 2018

Buka Lembaran Baru Di Tahun Baru Kata Izreen Azminda


Sejak berkahwin dengan Ude Wahid, 29, Izreen Azminda Aznam, 32, telah mengeluarkan beberapa kenyataan berhubung pilihannya untuk mengahwini pemuzik Gegar Vaganza itu yang merupakan suami kepada Intan Liana Azman, 32, dan bapa kepada dua anak lelaki berusia 3 tahun dan 11 bulan.

Berikutan kenyataannya, ramai yang mencemuh Izreen dan sejak itu, dia tidak lagi mengeluarkan apa-apa kenyataan dan telah mematikan fungsi komen di akaun Instagramnya.

Bagaimanapun, terdapat individu mendakwa bekas peminat Izreen telah mewujudkan satu akaun Instagram khusus untuk membenci Izreen yang dianggap perampas, iaitu akaun Instagram @izreen.azminda_perampas

Sudah lama saya diamkan diri sejak isu mengenai pernikahan saya diperdebatkan. Diam tidak bererti salah dan takut. Cuma memberi ruang untuk kesemua pihak yang terlibat memperbaiki keadaan supaya kembali tenang tanpa membuka aib sesiapa.

Tapi rupanya tidak sama sekali seperti yang disangkakan!! Malah bertambah teruk..!!!!! Dan terkini tersebar pula gambar peribadi saya dirumah bersama suami yang tidak bertudung… Nama pun kat rumah…takkan nak pakai jubah!!! Bukan gambar diluar!!!

Dan telah memfitnah gambar itu diambil sebelum kitaorang berkahwin oleh salah seorang kawan yang datang ke rumah saya..tapi yang peliknya..takdak seorang pun lagi kawan saya pernah jejakkan kaki ke rumah tu..? ker ada manusia yang sejenih gigih duplicate kunci semata-mata untuk masok ke rumah itu dengan niat yang tidak baik ketika saya dan suami tidak ada dirumah.


Wow awak sangat hebat…!! Apa yang awak dapat sebenarnya??? Dapat duit???? Dapat kereta? Dapat rumah? Sungguh tidak bermorallllll perbuatan manusia berhati binatang ini..dan untuk Instagran yang menyebarkan gambar ini..tunggu tindakan selanjutnya yang akan dikenakan keaatas anda kerana menjatuhkan maruah saya…dan menyebarkannya di sosial media…!!!!

“Sekarang bukan soal “kalau tak salah takkan melenting”!!! Yang buat melenting ni sebab gambar tu gambar peribadi bersama suami!!! Kalo bini no 2 pun dah kenapa kalau nak amik gambar romantik pun!!! Awak yang gigih sendiri cari gambar tu..awak nak letakkan salah kat sini pulak!!! Busuk punya manusia!!

BERDOSA DGN TUHAN..BOLEH GIGIH LAGI SOLAT TAUBAT DAN SEBAGAINYA SELAGI DIBERI PELUANG BERPIJAK DIMUKA BUMI NI!!! DOSA DENGAN MANUSIA..?? MEMBUKA AIB..MENJATUHKAN MARUAH… MEMFITNAH..ATAUPUN MEMBUKA RUANG UNTUAK ORANG RAMAI MENCACI DAN MENGKEJI TERHADAP ORANG TERSEBUT SECARA TERANG TERANGAN DI SOSIAL MEDIA MACAM MANA??!!!…

MERANGKAK LA AWAK RAMAI-RAMAI NAK MINTAK AMPUN SELAGI ORANG YANG DIFITNAH TU TAK MEMAAFKAN TERUTAMANYA YANG BERDOSA DENGAN IBU…DENGAN ISTERI MAHUPUN SUAMI..SEKIANNNNN!!!!,kata Izreen Azminda”


Ingin membuka lembaran baru sempena tahun 2018, pelakon Izreen Azminda yang memohon maaf sekiranya beliau ada menyakiti hati mana-mana individu sepanjang tahun lalu.

Turut menjadi mangsa kecaman netizen terutama sekali berkaitan kontroversi beliau mendirikan rumah tangga bersama Ude Wahid yang berstatus suami orang, Izreen pada masa yang sama memaafkan semua yang memfitnah serta mengaibkan beliau.

Luahan itu dimuat naik oleh Izreen menerusi akaun Instagramnya dimana beliau juga memohon orang ramai mendoakan yang baik-baik sahaja buat dirinya.

Baru-baru ini, Izreen sekali lagi mencetuskan kemarahan orang ramai apabila bergambar mesra dengan suami serta ibu mertuanya ketika sambutan hari jadi anak-anak tirinya yang dianjurkan oleh beliau. Netizen mempersoalkan mengapa Izreen tidak menjemput Intan.

Setiap isteri berhak mendapatkan hak masing-masing dari suaminya, berupa kemesraan hubungan jiwa, nafkah berupa makanan, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain perkara yang diwajibkan Allah kepada setiap suami.

Adil di antara isteri-isteri ini hukumnya wajib, berdasarkan firman Allah dalam Surah an-Nisak ayat 3 dan juga sunnah Rasul. Rasulullah (s.a.w.) bersabda, maksudnya;

مَنْ كَانَ لَهُ زَوْجَتَانِ فَمَالَ إِلَى أَحَدِهِمَا فِيْ الْقِسْمِ جَاءَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَ أَحَدُ شَاقَيْهِ مَائِلاً

“Barangsiapa yang mempunyai dua isteri, lalu dia cenderung kepada salah seorang di antaranya dan tidak berlaku adil antara mereka berdua, maka kelak di hari kiamat dia akan datang dengan keadaan pinggangnya miring hampir jatuh sebelah.” (Hadis riwayat Ahmad bin Hanbal)

Firman Allah s.w.t:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا يَحِلُّ لَكُمْ أَنْ تَرِثُوا النِّسَاءَ كَرْهًا وَلَا تَعْضُلُوهُنَّ لِتَذْهَبُوا بِبَعْضِ مَا آتَيْتُمُوهُنَّ إِلَّا أَنْ يَأْتِينَ بِفَاحِشَةٍ مُبَيِّنَةٍ وَعَاشِرُوهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ فَإِنْ كَرِهْتُمُوهُنَّ فَعَسَى أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَيَجْعَلَ اللَّهُ فِيهِ خَيْرًا كَثِيرًا

“Wahai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-perempuan dengan jalan paksaan, dan janganlah kamu menyakiti mereka ( dengan menahan dan menyusahkan mereka ) kerana kamu hendak mengambil balik sebahagian dari apa yang kamu telah berikan kepadanya, kecuali ( apabila ) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. Dan bergaulah kamu dengan mereka ( isteri-isteri kamu itu ) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu ( merasai ) benci kepada mereka ( disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya ), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak ( untuk kamu ).” (Surah an-Nisa’ : 19)

Sumber: Aliff Channel


from Sehinggit Media http://ift.tt/2CtfbgB
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2ChdFdO
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment