KUALA LUMPUR: Status hubungan cinta di antara penyampai radio Suria FM, Zulin Aziz dan Ahya Rosli, iaitu anak dramatis terkenal, Normah Damanhuri terus menjadi tanda tanya.
Sebelum ini, peminat dapat mengagak hubungan Zulin dan keluarga Ahya baik. Ini disebabkan bintang versatil itu kerap memuat naik perkongsian di laman Instagram setiap kali bersama-sama keluarga Ahya.
Perlakuan itu bagai membuktikan Zulin 'diterima' keluarga Normah.
Bertanya sendiri perkara itu kepada Normah, pelakon disegani itu memberitahu:
"Saya sebenarnya tiada hak untuk menentukan siapa pilihan mereka. Sebelum ini, adik beradik Ahya pun buat pilihan sendiri.
"Siapa pun pilihan mereka, saya doakan kebahagiaan dan kebaikan anak. Begitu juga Ahya. Terpulang kepadanya dalam soal hati," katanya kepada BH Online.
Normah berkata, dia tidak pernah memaksa anak dalam menentukan pasangan hidup.
"Tak ada istilah nak kawal. Dia kena berkawan dengan si polan itu dan ini. Sesiapapun pilihan Ahya pada masa mendatang untuk dijadikan isteri, saya setuju.
"Ini termasuklah kalau pilihannya itu Zulin. Siapa jodoh dia saya terima," kata Normah yang genap 64 tahun pada 21 September lalu.
Bertanya sejauh mana anaknya itu serius menjalin hubungan? Normah berkata:
"Soal jodoh atau hal ini susah nak saya rungkai. Salah cakap nanti jadi cerita lain.
"Cuma saya lihat Zulin seorang yang sangat baik. Saya sukakan dia. Dia anak yang baik. Cuma dalam soal pilihan, terpulang pada Ahya.
"Mengikut apa yang mereka kata, hanya kawan rapat. Sejauh mana itu susah nak cakap. Saya sendiri tunggu Ahya bukan mulut siapa dia suka. Dia cakap siapa yang berkenan. Boleh saya hantar rombongan meminang," katanya.
Sumber: BH Online
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2xLNKd9
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2wrBgG2
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment