Wednesday, 25 October 2017

Merasai Tendangan Pertama Bayi Merupakan Idaman Setiap Bakal Ibu, Tetapi Ia Hampir Membunuh Ibu Ini!


Bagi ibu yang hamil, saat yang amat bermakna dan paling berharga ialah bila mana dapat merasai tendangan pertama bayi yang belum dilahirkan.

Merasai tendangan bayi adalah tanda pertama terdapat insan yang sedang hidup di dalam badan seorang ibu dan kadangkala ia akan memberi sedikit rasa yang kurang selesa. Namun begitu, saat ini selalu dinantikan oleh bakal ibu dan mereka akan menghindarkan rasa tidak selesa itu demi merasai pengalaman tersebut.


Malangnya, perkara yang normal ini telah membahayakan nyawa seorang ibu di China. Bayi di dalam kandungannya menendang dengan begitu kuat sehingga membuat ibunya berada dalam situasi hidup dan mati.


Beberapa bulan sebelum wanita ini hamil dengan kandungan pertamanya, wanita bernama Zhang ini telah menjalani satu pembedahan membuang fibriod iaitu satu ketumbuhan di dinding rahim, yang tidak membahayakan dari rahimnya.


Selepas mendedahkan sejarah keadaan kesihatannya yang lalu kepada doktor, adalah dicadangkan yang wanita ini perlu menjalankan ujian imbasan ultra untuk memastikan yang beliau tidak mengalami apa-apa kesakitan dari rahim yang pecah.


Akibat berasa sakit kesan tendangan itu, dalam jangka masa beberapa minit, Zhang telah digegas ke bilik pembedahan. Para doktor mendapati yang kaki janinnya yang belum dilahirkan itu telah menolak dan menyucuk liang rongga abdomennya.


Menurut doktor yang memeriksanya, pembedahan terdahulu wanita ini sebelum kehamilannya telah meninggalkan parut tisu yang teruk dan terdedah sehingga menyebabkan dinding rahim mengalami risiko untuk memecah.


Rahim yang memecah dikenali sebagai ruptur kehamilan dan kesannya amat kurang terjadi kepada ibu yang hamil iaitu purata nisbah 5 dalam 1,000 wanita yang hamil dan selalunya dalam kes wanita yang pernah menjalani pembedahan kelahiran Caesarean.


Sementara kedua ibu dan anak ini dijangka menghadapi risiko jangkitan yang teruk, para doktor telah berjaya menyambut kelahiran bayi ini tanpa halangan yang membahayakan.

Kini kedua-dua ibu dan anak berada dalam keadaan yang baik dan sihat!

Sumber: Era Baru


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2yKU8Eo
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2y6Duuf
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment