Tuesday, 31 October 2017

Lelaki Rogol 2 Wanita, Bunuh Dan Cincang Badan Mereka Untuk Dijadikan Makanan Anjing


DUA wanita di Volzhsky, Russia, dibunuh kejam dengan ada anggota tubuh mereka dicincang dan diberi makan anjing oleh bekas pesalah jenayah rogol, serangan seksual dan rompakan.

Menurut Daily Mail, Alexander Maslennikov, 31, yang dibebaskan dari penjara Mei lalu, selepas menjalani hukuman 11 tahun penjara, mengaku membunuh dua wanita berkenaan sebelum memasukkan anggota tubuh mereka ke dalam mesin pengisar daging.

Dia kemudian dikatakan memberi anjing makan daging mangsa.

Polis menyiarkan rakaman video lelaki itu meninggalkan sebuah karaoke bersama Daria Labutina, 29, and Olga Shaposhnikova, 28, ke rumahnya, pada 13 Oktober lalu, sebelum mereka dilaporkan hilang.

Telefon bimbit mereka berhenti berfungsi pada hari berkenaan.

Polis masih menyiasat aspek lelaki berkenaan merogol dua wanita terbabit yang bekerja di sebuah pasar raya sebelum menikam mereka hingga mati, memotong tubuh mangsa dalam bilik air dan memasukkannya ke dalam mesin pengisar.


Dua wanita terbabit minum bersama Alexander di rumahnya sebelum lelaki itu menikam mereka selepas Daria dan Olga enggan melakukan seks dengannya.

Penyiasat kanan kes itu, Alexander Minaev, berkata: “Maslennikov mengaku melakukan jenayah itu dan memberi petunjuk termasuk lokasi dia menyembunyikan mayat mangsa.”

Menurut The Mirror, tubuh seorang mangsa dipotong kepada 20 bahagian dan polis menemui anggota tubuh dua wanita itu dalam hutan berdekatan.


Petikan CCTV menunjukkan Alexander meninggalkan karaoke dengan mangsa dan kanan, pasukan penyiasat mengumpul cebisan mayat mangsa. - Foto Kementerian Dalam Negeri Russia/DM

Menurut laporan media Russia, mereka dilihat memasuki rumah lelaki berkenaan pada 5.45 pagi, 13 Oktober lalu. Tengah hari esoknya, Alexander dilihat membeli mesin pengisar daging dan selepas itu dia meninggalkan rumahnya membawa dua beg besar.

Pada 18 Oktober, polis meletakkannya dalam senarai orang dikehendaki berkaitan kehilangan dua wanita terbabit dengan ganjaran 700 ribu rubles (RM50,223).

Alexander berjaya ditahan di pinggir Moscow, hujung minggu lalu, ketika bersama seorang wanita yang bekerja sebagai pendandan rambut. Polis mengesyaki wanita itu bakal menjadi mangsa seterusnya.

Sumber: Harian Metro


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2iiO0ZI
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2z0VwjK
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment