Pengguna-pengguna bas utama TBS sudah pasti pernah melihat kanak-kanak yang berkepala besar ini bukan? Rata-rata yang melihat akan jatuh kasihan dan akan memberi sedikit wang sumbangan terhadap kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak tersebut dipercayai menghidap penyakit Hydrocephalus.
Jika anda perasan, ibu kanak-kanak tersebut akan kerap bertukar saiz badan dan juga rupa, iaitu bukan perempuan yang sama. Kanak-kanak itu dipercayai digunakan oleh sesetengah individu untuk mengaut untung dengan mengutip derma. Kanak-kanak ini juga dipercayai warga Rohingya dari Pahang. Kanak-kanak ini digunakan untuk kutip derma orang ramai dengan menggunakan alasan ingin melakukan pembedahan ke atasnya,
Berdasarkan perkongsian saudara Akhi Fairuz Al-Jengkawi, sudah banyak laporan telah dilakukan, serta penangkapan juga pernah dilakukan tapi akhirnya, kanak-kanak itu akan kembali ke TBS semula sebagai boneka untuk mengutip derma. Mohon pihak yang berkenaan dapat membantu kanak-kanak ini.
Aku betul-betul marah! Sudahlah hujan agak lebat awal petang semalam, tempias air mengenai tubuh dan muka si kecil itu. Ini bukan kali pertama pemandangan sebegini aku lihat di Terminal Bersepadu Selatan.
Kau yang selalu menggunakan LRT, KTM atau ERL dan kemudian ke stesen bas utama TBS pasti pernah melihat si kecil yang berkepala besar ini.
Ketahian apa yang sedang berlaku ni? Siapa individu yang kurang ajar yang menggunakan bayi yang sedang sakit ini untuk meraih duit?
Ini melibatkan nyawa seorang manusia. Aku tak boleh biarkan. Tak kisahlah mereka yang kutip derma di tepi laluan ni warga asing, nyawa tetap nyawa! Kita sedang membicarakan satu eksploitasi atas insan yang lemah paling menjijikkan.
Sampai sahaja stesen utama, aku terus ke kaunter tiket. Setelah tiket diserahkan, aku terus tanya Puan berkenaan. Saya tanya beliau, adakah beliau maklum akan isu budak kecil kepala besar yang digunakan untuk minta sedekah tu.
Beliau mengiyakan. Katanya, ramai dah tanya tanya pasal ni. Ianya melibatkan kuasa Jabatan Kebajikan Masyarakat. Lalu beliau cadangkan untuk aku buat aduan di Pondok Polis di BTS.
Aku terus sahaja bertemu dengan pihak polis. Memberi salam, perkenalkan diri dan menyatakan tujuan kehadiran kepada Tuan Zulhusmi.
"Saya datang bukan nak buat report. Saya hanya nak bertanya. Tuan maklum kan hal pengutip derma kat luar tu? Yang budak kepala besar tu."
Beliau yang berasal dari Jitra menjawab, "Iya Encik. Sebenarnya ia diluar bidang kuasa kami. Kami maklum akan hal ni. Cuma yang boleh ambil tindakan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Imigresen. Kami di pihak PDRM tak boleh tangkap mereka, tiada undang-undang yang boleh menahan mereka.
Mereka bukan orang Malaysia. Kalau Encik nak buat report juga, kami boleh ajukan aduan itu pada pihak JKM."
Tengah rancak mendapatkan penjelasan dari pihak polis yang bertugas, tiba-tiba muncul pegawai yang incharge di balai berkenaan. Namanya Tuan Faudzi.
"Terima kasihlah Cik kerana sudi tanya kami dahulu. Minta maaf saya cakap, bukan Cik seorang je yang tanya, dah lebih 20 orang sebelum ini.
2 hari lepas sudah ada serbuan dan tangkapan yang dilakukan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, kemudian mereka refer pada bahagian Imigresen. Hari ini ada semula minta sedekah.
Sampai tahap mereka yang minta sedekah ni cakap kamu nak tahan kami atas undang-undang apa?"
Jelas beliau panjang lebar. Kurang ajar betul, siapalah dalang disebalik semua ini. Beliau mahir dalam selok belok undang-undang dalam negara.
"Satu sahaja yang boleh membuatkan orang buka mata, Cik viralkan sahaja di internet. Harap ramai baca dan pihak yang boleh bertindak ambil tindakan."
Jadi, malam ini aku update isu ni. Aku tak mahu buat penilaian awal. Sekali-kali pun aku tak mahu tuding jari pada pihak Kebajikan Masyarakat atau Imigresen.
Cuma aku nak tahu apakah jawapan dari mereka hingga perkara ini tak mampu diatasi dengan baik.
Ia bukan sahaja melibatkan nyawa seorang bayi yang sakit, bahkan ia mendatangkan imej tak baik kepada negara. Punyalah ramai pelancong asing di BTS tu. Apalah yang mereka fikir saat melihat situasi seperti dalam gambar yang aku kongsi ini.
Harapan aku beginilah, aku nak sangat budak kecil ini diberi rawatan sepenuhnya. Kita ni wajib beri bantuan kesihatan kepadanya. Entah ketumbuhan, pendarahan otak atau apa jua penyakit, kita harus bantu!
Sekali lagi aku ulang, tak kisahlah mereka tu warga asing, manusia tetap manusia. Mereka sama macam kita, ada jasad, ada badan, ada roh, ada hati dan perasaan.
Yang kedua, aku nak sangat mereka yang gunakan budak-budak macam ni untuk kutip derma dibawa ke muka pengadilan. Namun jika benar keluarga budak ini orang susah yang perlukan duit untuk rawatan anak beliau, kita wajib bantu.
Yang ketiga, aku perlukan bantuan dari kau orang yang baca post ni. Aku yakin, netizen kita di Malaysia tak akan membiarkan perkara seperti ini berterusan. Bantu saya untuk tularkan isu ini walaupun dah pernah ada yang viralkan tentang bayi berkenaan sebelumnya.
Biar mesej ini sampai sekali lagi ke pihak yang ada autoriti dalam ini negara.
Terima kasih.
Akhi Fairuz Al-Jengkawi
#TukangCeramahBudakSekolah
#TukangKongsiCeritaManusia
====================================
UPDATED TERKINI : Maklumat dari Tuan Speaker (Volunteers Kl - Together We Care) :- "Saya Penyelaras VKL. Kami dah bantu dan dah bawa ke hospital tetapi keluarga adik ni (Rohingya dari Pahang) menolak dimasukkan ke wad. Dulu wanita lain jaga, lepas tu wanita lain jaga, skrg wanita lain pula jaga. Jelas sekali adik ni dipergunakan."
Maklumat dari Puan Vieda (Persatuan Pesakit Hydrocephalus Malaysia : "Penjaganya memang berubah setiap kali. Kami Persatuan Pesakit Hydrocephalus Malaysia juga banyak terima aduan tentang anak ini. Pernah dibawa ke hospital oleh pihak ketiga tetapi sampai masa untuk rawatan mereka tak bawa pun baby ni ke hospital. Bila cari kat alamat yg diberi tak jumpa pun. Kepala anak tu dah besar sangat. Risiko besar untuk doktor lakukan pembedahan. Tapi tak wajar lah bayi ini diperalatkan sebegitu. Anak tu berhak dapat kehidupan yg lebih baik sekiranya dirawat lebih awal. Kita sendiri tak tahu asal usul anak ni siapa ibu bapa siapa keluarga."
Sumber: Siakapkeli
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2yXCkWi
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2yTRRnQ
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment