KUCHING, SARAWAK - Seorang kanak-kanak perempuan yang mengadu sakit pada kemaluannya ketika membuang air kecil, membawa kepada pendedahan dirinya menjadi mangsa cabul, lapor Harian Metro.
Mangsa berusia empat tahun itu dipercayai dicabul oleh lelaki warga Vietnam yang bekerja dengan bapanya dalam industri laut dalam.
Kejadian itu terbongkar selepas ibu mangsa, 33, berasa curiga selepas anaknya mengadu sakit di bahagian kemaluan tengah malam tadi.
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Aidil Bolhassan berkata, mangsa mendakwa pekerja bapanya yang memasukkan 'sampah' ke dalam kemaluannya dan ibu mangsa membuat laporan polis kira-kira jam 3 pagi tadi.
Bertindak di atas laporan itu, polis kemudian menahan lapan suspek berusia 19 hingga 47 tahun di rumah berkenaan, dua jam kemudian.
"Siasatan lanjut mendapati mangsa tinggal bersama semua suspek di antara jam 3-5 petang semalam kerana bapa dan ibunya pergi ke Jabatan Imigresen untuk memperbaharui visa pekerja berkenaan.
"Semua suspek bekerja dalam industri laut dalam yang diusahakan bapa mangsa dan menetap sementara bersama mereka di rumah nenek mangsa," katanya.
Mangsa telah dirujuk ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk menjalani pemeriksaan, namun keputusannya masih belum diperolehi setakat ini. Mangsa juga masih belum dapat mengenal pasti suspek yang didakwa memasukkan sesuatu pada kemaluannya.
"Semua suspek akan direman pagi ini untuk siasatan lanjut yang dibuat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul," katanya.
Sumber: The Reporter
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2i1kZBI
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2zN54Pc
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment